Satu video viral oleh Clare Rewcastle-Brown yang mengesahkan UMNO telah membayar rasuah RM90 juta kepada PAS menimbulkan banyak persoalan serius mengenai dakwaan liar Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa orang bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah punca rasuah di Malaysia. Demi kepentingan akauntabiliti dan ketelusan, Abdul Hadi perlu menjelaskan secara terbuka pendedahan oleh Clare.
Laporan harus dibuat terhadap Abdul Hadi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya Abdul Hadi enggan menjelaskan bayaran kepada Clare sebanyak RM1.4 juta selepas menarik balik saman fitnahnya terhadap Clare kerana mendakwa UMNO telah merasuah PAS dengan RM90 juta.
Bagi Membalikkan Penyusutan Nilai Ringgit, Bank Negara Mesti Menaikkan OPR Sekurang-kurangnya 100 Mata Asas Yang Akan Menghancurkan Pertumbuhan Ekonomi Dan Menutupkan Perniagaan, Terutamanya PKS.
Ringgit jatuh ke paras terendah 24 tahun pada 6 September 2022 kepada 4.5015 berbanding dolar AS, paras paling rendah sejak Januari 1998 semasa krisis kewangan Asia. Penganalisis mengaitkan ringgit yang lemah berpunca daripada dolar AS yang lebih kukuh berikutan jangkaan kenaikan besar dalam kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS dan risiko politik domestik yang bermasalah disebabkan oleh ketidaktentuan berkenaan pilihan raya umum awal.
Bank Negara perlu menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekurang-kurangnya 100 mata asas, dan bukan hanya 25 mata asas yang dijangkakan, untuk membalikkan kejatuhan cepat ringgit. Namun menaikkan OPR sekurang-kurangnya 100 mata asas akan menghancurkan prospek pemulihan ekonomi yang kukuh dan menutupkan perniagaan, terutamanya PKS.
Memandangkan menaikkan OPR sekurang-kurangnya 100 mata asas tidak boleh dilaksanakan dan Bank Negara tidak dapat menandingi kenaikan besar yang agresif dalam kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS, tiada kesan daripada menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas. Sebaliknya, ini adalah cadangan rugi-rugi oleh Bank Negara apabila menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas gagal mencapai keputusan yang diingini untuk membalikkan kejatuhan ringgit dan hanya membebankan perniagaan dan individu dengan kos tambahan bagi pinjaman rumah dan kenderaan mereka, kos perniagaan, aliran tunai peniaga dan kos dana pelabur. Mengapa perlu menaikkan OPR akhirnya?