Sehingga kini, kerajaan Barisan Nasional khususnya Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi masih belum membalas persoalan saya tentang peningkatkan mendadak anggota polis Cawangan Khas (termasuk pasukan Special Task Force) iaitu lebih kurang 2,423 orang pegawai ataupun peningkatan 46.43% dari tahun 2011 sehingga 2013, sedangkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) hanya meningkat seramai 583 orang iaitu kira-kira 6.24%.
Dalam satu pihak, kerajaan tidak memperuntukkan sumber yang mencukupi untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melawan jenayah, tetapi pada masa yang sama, kerajaan pusat ingin mengembalikan akta zalim menggantikan Ordinan Darurat kerana kononnya jenayah meningkat setelah akta tersebut telah dimansuhkan.
Kenyataannya, kerajaan Barisan Nasional memperjudikan nyawa rakyat dan merbahayakan nyawa anggota polis di garisan hadapan kerana sibuk berpolitik dan enggan memberikan sumber yang secukupnya untuk melawan jenayah.
Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata bahawa secara puratanya seorang pegawai penyiasat (investigating officer – IO) perlu mengendalikan 19 kes siasatan sebulan dan IO di kawasan “hot spot” pula perlu mengendalikan 20-30 kes sebulan. (http://mynewshub.my/?p=161438)
Saranan daripada Laporan Suruhanjaya Diraja Tun Dzaiddin 2005 ialah seorang IO patut hanya mengendalikan 5 kes sebulan. Apabila seorang IO terpaksa mengendalikan 3-4 kali ganda jumlah kes tersebut, maka bukan sahaja kecekapan akan terjejas, malah akan merbahayakan nyawa pegawai polis kita.
Jika kerajaan ikhlas hendak menanangi jenayah, maka jangan sibuk berpolitik dan membuat kerja sia-sia. Apa yang diperlukan pada kadar segera ialah penstrukturan semula PDRM, bermula dengan 4 langkah utama berikut:
Menjadikan “Melawan jenayah” sebagai fungsi utama PDRM
Antara saranan saranan Laporan Tun Dzaiddin ialah supaya kekuatan polis ditumpukan kepada melawan jenayah dan bukan tugas-tugas lain seperti mendakwa, forensik, sokongan logistik dan operasi para-militari. Tugas-tugas ini boleh dilaksanakan oleh agensi lain seperti Pejabat Timbalan Pendakwaraya, pakar forensik bukan polis, pihak tentera dan sebagainya.
Justeru, Akta Polis 1967 perlu digubal agar peranan, tugas dan misi PDRM diperhalusi untuk menumpu kepada melawan jenayah dan bukannya tugas-tugas yang tidak memerlukan kuasa polis.
Memansuhkan pasukan Cawangan Khas
Bagi mencapai misi untuk “Melawan jenayah”, maka saya menyarankan supaya semua pegawai-pegawai Cawangan Khas yang mempunyai kemahiran risikan dan siasatan disalurkan ke JSJ. Objektif asal Cawangan Khas adalah untuk melawan komunis tetapi kini, ancaman komunisme sudah tiada lagi di negara kita. Kerajaan dan parti komponen Barisan Nasional seperti UMNO dan MCA juga telah menjalinkan hubungan diplomatik yang rapat dengan Parti Komunis terbesar di dunia iaitu Parti Komunis China.
Justeru, tidak masuk akal untuk mempunyai pasukan Cawangan Khas yang dianggarkan berjumlah lebih 7,000 orang anggota pada masa kini. Kementerian Dalam Negeri enggan mendedahkan angka rasmi keanggotaan Cawangan Khas yang terkini.
Anggota Cawangan Khas yang mempunyai latihan khas dalam risikan patut disalurkan kepada kerja-kerja melawan penjenayah termasuk aktiviti jenayah berat dan ancaman aktiviti keganasan (terrorism).
-

1 polis mengendalikan kes jenayah, 5 polis mengendalikan urusan pejabat
Pada masa kini, 40.82% ataupun 45, 995 pegawai polis terlatih ditugaskan dalam Jabatan Pengurusan. Ini bermakna bagi setiap 1 orang pegawai polis dalam JSJ melawan jenayah, ada 5 orang yang menjalankan kerja-kerja pengurusan termasuk kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran.
Kerja-kerja sebegini boleh dilaksanakan oleh pegawai orang awam bukan polis. Ini bukan sahaja membolehkan polis terlatih disalurkan kepada tugas-tugas “core business” PDRM iaitu melawan jenayah, malah meringankan bebanan kewangan kerana pegawai awam (civilian officer) tidak diberi insentif elaun khas untuk anggota polis.
-
Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC)
Bagi menjamin kebebasan PDRM daripada campurtangan politik seperti yang didakwa oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan, IPCMC perlu segera ditubuhkan. Seperti yang saya telah cadangkan sebelum ini, IPCMC juga perlu diubahsuai untuk memberikan kuasa kepada badan bebas tersebut membuat keputusan dalam hal ehwal kenaikan pangkat dalam PDRM supaya kenaikan jawatan dalam polis bukan berdasarkan campurtangan politik tetapi berdasarkan prestasi.