Skip to content

Lim Guan Eng bakal mengunjungi Serian pada 2 Mei 2016

Pada 2 Mei 2016, Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng akan turun padang berjumpa dengan penduduk Serian bersama calon DAP Bukit Semuja Edward Luwak dan calon DAP Kedup Andrew Nyabe.

Jadual Lim Guan Eng adalah seperti berikut:

10.30am: Melawat Pasar Serian

12.00pm: Ceramah Kopitiam di Seng Seafood Corner, Pekan Serian (Dekat Everise)

4.00pm: Melawat dan menghadiri jamuan teh di Riih Mawang

7.00pm: Ceramah di Kampung Mujat

8.00pm: Ceramah UBAH Truck di Pekan Serian (Depan Star Leo)

Kami mengalu-alukan orang ramai termasuk dari media untuk hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi koordinator program, Daniel Teoh di talian 0143092926.

Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini merupakan kali pertama DAP bertanding di kawasan-kawasan peribumi. Oleh kerana kos yang terlibat agak besar, sebarang sumbangan amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun DAP SARAWAK STATE di Standard Chartered Bank, nombor akaun 3241-5010326-1.

Mereka yang ingin membantu dalam kerja sukarelawan boleh mendaftarkan diri di volunteers.dapsarawak.com atau di Pusat Khidmat DAP Serian.