Kerajaan Negeri telah menerima pelbagai maklum balas berhubung pengumuman langkah intervensi pemberian diskaun lima peratus kepada komuniti India Muslim bagi tujuan pembelian unit hartanah siap tidak terjual (overhang properties) sebagaimana diumumkan oleh Exco Perumahan dan Alam Sekitar pada 5 Jun 2025.
Sebahagian pandangan yang diterima serta dikemukakan menyatakan bahawa diskaun berkaitan sepatutnya juga ditawarkan kepada semua pembeli dengan tujuan merangsang semula sektor hartanah terutamanya penjualan hartanah atau unit-unit tidak terjual berkaitan.
Selaras itu, saya telah mengarahkan Exco Perumahan dan Alam Sekitar, YB Dato’ Seri S. Sundarajoo untuk memperhalusi polisi berkenaan bersama-sama pihak pemaju bagi memperluaskan pemberian diskaun kepada semua pembeli, supaya ia lebih inklusif dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat selaras dengan prinsip keadilan sosial.
Dalam pada itu juga, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kerajaan Negeri akan meneliti perkara ini dan membuat keputusan yang sewajarnya demi kebaikan semua pihak.