Skip to content

Malaysia adalah satu-satunya negara OIC yang meraikan sambutan empat agama utama dan perkara ini membuatkan kita sangat sesuai untuk menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya dan tamadun kepada dunia

Esok, penganut agama Buddha di seluruh Malaysia akan menyambut hari Wesak untuk memperingati kelahiran, pencerahan, dan pemergian Gautama Buddha.

Hari tersebut juga menjadi peringatan yang Malaysia adalah satu-satunya negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang meraikan sambutan empat agama utama dan perkara ini membuatkan kita sangat sesuai untuk menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya dan tamadun kepada dunia.

Persoalannya sekarang adalah sama ada Perikatan Nasional (PN), terutamanya PAS, melalui tiga kerajaan negeri yang dipegang mereka, menyokong satu misi nasional untuk menjadikan Malaysia negara contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Saya tidak ada sebarang keraguan yang sekiranya PAS berada di bawah pimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat, PAS tidak akan teragak-agak untuk menyokong visi nasional seperti ini.

Namun, saya tidak rasa matlamat ini akan disokong oleh PAS pada hari ini di bawah pimpinan Hadi Awang.

Para pemimpin PN terlalu taksub untuk menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar, untuk mengulangi semula konspirasi politik Langkah Sheraton, tanpa mengambil kira yang Malaysia akan berakhir menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik dan mereka tidak ada masa atau minat untuk sebarang visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Ini adalah kali pertama dalam 45 tahun di mana Malaysia mempunyai harapan untuk menetapkan semula hala tuju dan kembali kepada prinsip asas pembinaan negara bangsa majmuk Malaysia dan untuk menghentikan kemerosotan negara kita.

Kita perlu berani untuk mengimpikan peranan global untuk Malaysia dan untuk kita tidak menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik dalam beberapa dekad yang akan datang.

Persoalannya adalah sama ada rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, bersedia untuk bercita-cita besar dan bekerja keras untuk mencapai Impian Malaysia ini.