Malaysia harus mengekalkan hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun dengan menghentikan segala kemusnahan yang sengaja ke atas hutan simpanan kekal bersaiz 544,011 hektar di Semenanjung Malaysia yang telah bermula sejak 10 tahun lalu (2006 – 2015). Seperti sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun, kemusnahan hutan hujan tropika merupakan salah satu faktor penyumbang utama yang mengakibatkan perubahan iklim yang membawa kepada pemanasan global. Tambahan pula, penebangan pokok dalam hutan simpanan kekal telah menjana impak pelupusan pokok-pokok hijau yang membersihkan udara dengan pengurangan karbon dioksida dan penambahan oksigen sebagai pulangan..
Di sini wujudnya suatu pemintaan segera dimana penebangan hutan simpanan kekal yang telah diwarta untuk perlindungan harus diberhentikan dengan serta-merta dimana hutan tersebut telah dikeluarkan daripada warta memberi peluang kepada pembalak ataupun kroni pemaju untuk mengaut untung yang besar atas pengorbanan alam sekitar. Di Semananjung Malaysia (rujukan kepada graf), Pahang merupakan penyumbang terbesar di mana sebanyak 161,369 hektar hutan telah ditebang dalam masa 10 tahun, diikuti oleh Kelantan 157,919 hektar dan Perak 74,032 hektar.
Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri yang tidak pernah menebang hutan simpanan kekal seinci pun. Negeri yang terkecil di Malaysia iaitu Perlis turut menebang sebanyak 167 hektar hutan simpanan kekal. Malaysia masih sempat menyelamatkan hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun ini dengan meningkatkan dan tidak mengurangkan kawasan hutan simpanan kekalnya. Ini merupakan suatu tindakan yang masih belum terlambat jika semua pihak yang terlibat mempunyai komitmen yang sama dan menggembleng tenaga dalam usaha tersebut termasuk bayaran pampasan yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menghalang Kerajaan Negeri supaya tidak menebang hutan simpanan kekal secara tidak bertanggung jawab.
Dengan cari ini barulah kita boleh menyambut Hari Alam Sekitar Dunia dengan penuh bermakna. Kita bukan sahaja membenarkan dunia bernafas tetapi semua insan dapat menikmati udara yang bersih. Udara dan sumber air yang bersih merupakan hak semulajadi kurnian Tuhan. Ini juga merupakan suatu tanggungjawab asas di mana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus membekalkan hak asasi manusia ini kepada semua rakyatnya.