Skip to content

Mana laptop 150,000 untuk murid-murid daripada kerajaan PN?

Semalam ini, saya telah menyaksikan pemberian 242 laptop baharu kepada sebuah sekolah di Kepong (sekeping dilampirkan).

Laptop-laptop baharu ini telah diberikan oleh sebuah syarikat swasta kepada pelajar-pelajar yang memerlukan dan dilakukan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Setakat ini, semua bantuan yang diberikan kepada sekolah-sekolah di Kepong adalah dari organisasi, syarikat dan dari rakyat sendiri. Sekolah adalah institusi di bawah kelolaan kerajaan, tetapi semuanya pihak sekolah yang perlu cari sendiri.

Laptop yang dijanjikan pula masih belum diberikan kepada mereka yang memerlukan. Sampai sekarang habuk pun tak nampak. Adakah Menteri Pendidikan di dalam kerajaan PN serius dengan pendidikan anak-anak di Malaysia? Sudah hampir dua tahun kita berada di dalam pandemic Covid-19 ini tetapi masih tiada perancangan khusus untuk pendidikan anak-anak!

Sepatutnya lebih banyak belanja diberikan kepada sektor pendidikan, lebih-lebih lagi dalam memastikan transisi dari kelas fizikal ke kelas maya dapat dilakukan dengan jayanya. Tapi duit kerajaan PN pakai untuk beli ahli parlimen dan buat jawatan baru untuk ahli politik tak boleh pakai.

Kerajaan gagal segagal gagalnya.