Belanjawan 2021 sehahursnya dilihat sebagai belanjawan perpaduan yang merentasi parti kerajaan dan pembangkang.
Malah SPB Yang Dipertuan Agong telah menzahirkan harapan kematangan berpolitik disemarakkan demi keselamatan dan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat bencana wabak COVID-19.
Namun JASA, agensi propaganda parti pemerintah yang sering menyerang parti pembangkang bukan sahaja dihidupkan semula malah peruntukan dilipatgandakan.
Pada zaman pemerintahan BN, RM30 juta diperuntukkan pada tahun 2018.
Pada zaman pemerintahan PH, ia dimansuhkan demi mewujudkan suasana politik matang.
Namun, JASA versi PN diberi peruntukan sebanyak RM85.5 juta pada tahun 2021.
Bagaimana kita boleh menyokong Belanjawan yang menyerang pembangkang secara habis-habisan?
Bukankah ia membelakangi semangat bipartisanship, hasrat rakyat dan Agong yang menyeru mengenepikan perbezaan dan kepentingan parti atau peribadi demi kelangsungan negara di saat-saat genting wabak Covid-19?