Skip to content

Mana peruntukkan Bajet 2016 untuk SJKT?

Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MCA memberi jaminan bahawa peruntukkan RM50 juta dalam Bajet 2016 untuk SJKC akan sampai tidak lama lagi. Beliau berkata perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet yang lalu dan Perdana Menteri telah memberi respon yang positif berhubung dengan hal ini.

Masalahnya ialah kenapakah peruntukkan Bajet 2016 untuk SKJC tidak disampaikan kepada sasaran dalam tahun tersebut? Parlimen telah meluluskan RM50 juta untuk SJKC. Manakah perginya wang peruntukkan itu? Adakah wang itu telah disalurkan ke tempat lain?

Pertama sekali, ini membuktikan bahawa kerajaan tidak serius mengenai pembangunan sekolah-sekolah vernakular. Oleh yang demikian, wang yang sepatutnya sampai ke SJKC itu telah diubah haluan ke tempat lain. Ini merupakan penyalahgunaan kuasa oleh pihak kerajaan yang tidak ikhlas dalam hal memberi bantuan kepada sekolah-sekolah vernakular.

Perkara kedua yang ingin saya timbulkan ialah samada SJKT telah menerima RM50 juta yang dijanjikan dalam Bajet 2016? Jika ya, saya mohon kepada Menteri Pendidikan memberi senarai terperinci jumlah peruntukkan yang diberikan kepada sekolah Tamil sepanjang tahun 2016.

Beranikah kerajaan BN dan MIC mendedahkan senarai sekolah-sekolah yang menerima peruntukkan daripada Bajet 2016. Adakah RM50 juta yang diperuntukkan kepada SJKT itu telah sampai kepada kumpulan sasaran.