Saya puji penerima Anugerah Pendidikan Diraja di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Navin Muthusamy, kerana berani bersuara mengenai pemulihan meritokrasi dalam sistem pendidikan, kerana masanya sudah tiba untuk menamatkan salah guna dan penyelewengan dalam sistem pendidikan kerana kita tidak mahu universiti-universiti tempatan untuk menganugerahkan ijazah doktor falsafah kepada seseorang yang buta media dan tidak dapat membezakan di antara perkara yang betul dengan perkara yang salah atau membezakan di antara penipuan dan berita palsu dengan kebenaran dan fakta untuk masuk ke Parlimen dan membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik.
Saya katakan di Parlimen 52 tahun yang lepas bahawa DAP tidak menentang Dasar Ekonomi Baharu (DEB) untuk memastikan golongan miskin dalam kalangan orang Melayu berpeluang untuk menjadi doktor, peguam, dan jurutera kerana adanya orang miskin dalam kalangan bukan Melayu, sebaliknya, kita menentang tindakan afirmatif sebegini untuk mengayakan lagi golongan Melayu yang sudah kaya.
DEB diniatkan untuk dilaksana selama 20 tahun dan sepatutnya tamat pada tahun 1990, tetapi dasar ini telah diteruskan selama lebih dari 50 tahun. Sebagai satu permulaan, kita patut akhiri salah guna dan penyelewengan yang ada dalam DEB.
Malaysia telah keluar dari era ketidaktentuan politik yang telah memberikan negara kita empat orang Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun.
Dengan Anwar Ibrahim kini terjamin dengan pentadbirannya sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 – sama ada pada tahun 2026 atau 2027 – Anwar patut menumpukan usaha kepada usaha perubahan dan reformasi dasar dan institusi yang telah dijanjikannya, dan tidak ada tempat yang lebih baik untuk bermula selain dari menyahut ucapan Navin yang berani dengan menghapuskan salah guna dan penyelewengan DEB dalam bidang pendidikan.