Skip to content

Masalah kemiskinan negara kita harus dilihat dan diatasi secara holistik

Punca sebenarnya masalah kemiskinan adalah disebabkan wujudnya golongan yang berkuasa, rasuah, menindas dan tidak ambil peduli terhadap golongan yang tertindas.

Masalah kemiskinan negara kita harus dilihat secara holistik tetapi tentunya bukan dari aspek kaum dan etnik.

Malaysia adalah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

Masalah kemiskinan wujud dalam semua kaum tidak kiranya Melayu, India, Cina, Orang Asli, Kadazan, mahupun Iban.

Walaupun wujudnya pelajar Cina yang mampu melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi juga terdapatnya ramai pelajar Cina yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan universiti tempatan lantaran faktor kemiskinan.

Hal sedemikian berlaku dalam semua masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Punca sebenarnya masalah kemiskinan adalah disebabkan wujudnya golongan yang berkuasa, rasuah, menindas dan tidak ambil peduli terhadap golongan yang tertindas.

Masalah ini bertambah teruk apabila Malaysia di bawah rejim Najib Razak.

Akhirnya kuasa rakyat menamatkan zaman pemerintahan UMNO dan kerajaan Pakatan Harapan boleh memulakan perjuangan yang baru untuk seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan yang tertindas selama ini.

Retorik bahawa akan tercetusnya konflik kerana terdapatnya perbezaan antara kaum adalah kurang tepat.

Konflik hanya akan wujud antara golongan yang menindas dengan golongan yang tertindas, tetapi bukannya antara kaum.

Perbezaan kekayaan antara kaum hanya retorik politik, dan selalunya disalahgunakan oleh ahli politik untuk menuding jari kepada kaum tertentu.

Masalah kemiskinan kian meningkat disebabkan kos sara hidup yang tinggi, pendapatan yang rendah dan masalah tempat tinggal. Seluruh rakyat Malaysia akan terjejas tanpa mengira kaum dan bangsa.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Pakatan Harapan komited untuk membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan pendapatan serta taraf hidup rakyat secara holistik.

Dengan usaha membasmi kemiskinan di seluruh Malaysia, barulah potensi konflik dalam kalangan pelbagai masyarakat dapat dikurangkan.