Skip to content

MCA sudah terima PAS dan hudud?

Apakah maksud MCA ketika Timbalan Presiden MCA, Dato Sri Wee Ka Siong berkata beliau harap PAS dan UMNO dapat saling mempercayai dalam kerjasama kedua-dua parti itu.

Saya rasa amat kecewa terhadap MCA kerana mereka sekali lagi tiada keberanian untuk membantah kerjasama antara UMNO dan PAS.

Nasihat MCA kepada UMNO dan PAS telah menunjukkan kelemahan mereka dalam menghadapi situasi Parti Pembangkang mengugurkan PAS yang hendak melaksana Hudud dan kerjasamaan UMNO bersama PAS.

UMNO adalah sebuah parti pemerintah, lebih mudah untuk PAS melaksanakan Hudud jika mereka dijemput untuk menyertai BN, apakah pendirian MCA dalam jemputan UMNO kepada PAS?

Saya ingin mencabar MCA keluar dari Barisan Nasional kerana nampaknya PAS akan menyertai BN pada bila-bila masa, MCA telah banyak kali menyatakan bantahan terhadap PAS dan Hudud.

Kalau MCA memilih untuk duduk bersama PAS dalam Barisan Nasional, sudah tentu perjuangan MCA selama ini cuma untuk kepentingan diri-sendiri dan bukan untuk membela rakyat Malaysia.