Skip to content

MCMC Jangan Bersikap Pilih Kasih

Saya mengambil maklum tindakan MCMC mengenakan kompaun RM100,000 terhadap Sin Chew kerana memaparkan Jalur Gemilang yang tidak lengkap. Hakikatnya, ia merupakan kesilapan yang tidak disengajakan dan Sin Chew telah memohon maaf serta mengambil tindakan dalaman dengan segera.

Kes lain pada tahun 2025 melibatkan Kementerian Pendidikan melalui laporan rasmi SPM, PAS Terengganu dalam poster kempen, dan Pemuda UMNO Terengganu melalui hantaran grafik. Semua insiden ini terbukti sebagai kesilapan tidak disengajakan dan telah ditarik balik serta disusuli permohonan maaf.

Persoalan saya mudah: mengapa hanya Sin Chew dikenakan denda? Jika undang-undang mahu dihormati, ia mesti dikuatkuasakan secara adil dan konsisten. Jika tidak, penguatkuasaan itu jelas pilih kasih dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap integriti pihak berkuasa.