Skip to content

Membangun sektor tenaga dibaharui untuk menyelesiakan masalah gangguan bekalan elektrik

Saya menyeru pihak kerajaan pada semua peringkat termasuk Kerajaan Persektuan, Kerajaan Negeri dan baikpun Kerajaan Tempatan mangambil berat kepada dasar tenaga boleh diperbahrui ekoran gangguan bekalan elektrik selama tiga hari pada 13, 14 dan 15hb Disember baru-baru ini yang melibatkan 18,000 pengguna di kawasan Skudai dan Johor Bahru termasuk sebahagain Taman Ungku Tun Aminah, Taman Sutera Utama, Taman Skudai Baru, Taman Perling dna Taman bukit Indah.

Kejadian ini juga membayangkan permintaan bekalan elektrik semakin mendesak khasnya di Wilayah Iskandar Maalaysia yang sedang pesat membangun.

Saya menyeru supaya kerajaan akan bersikap lebih serius untuk menyelesaikan masalah kekurangan sumber tenaga elektrik dengan mempergiatkan pembangunan sektor tenaga boleh diperbaharui.

Permasalahan gangguan bekalan elektrik akan semakin serius tetapi boleh dikurangkan jika tenaga solar dan terbin angin dibagnunkan sekadar proaktif.

Demi mamajukan masyarakat daa ekonomi Negeri Johor, Negeri Johor memerlukan R&D dalam sumber tenaga yang boleh dibaharui atau Renewable Energy (RE) secara jangka masa panjang, termasuk tenaga solar dan turbin angin untuk memperseimbangkan pergantungan kepada fuel fosil dengan biomass, biofuel dan hydro secara lestari demi meminimakan pengeluaran karbon dan mengelakkan penggunaan tenaga nuclear langsung sekali.

Menurut laporan TNB, menjelang tahun 2030, arang masih menjadi sumber penjana elektrik utama iaitu 49% di Malaysia, selain itu 41% gas semulajadi, minyak 1% dan hydro 5.7%, tenega boleh dibaharui cuma 3.3%.

Pada tahun 2016 Jerman telah menggunakan 32% tenaga yang boleh diperbaharui. Menurut Renewables 2017 Global Status Report, kebanyakan negara maju telah mensasarkan peratusan tenaga boleh diperbaharui anatara 30 -70% sebagai sumber tenaga elektrik menjelang tahun 2030 berbanding dengan 3.3-11% di Malaysia.

Sebaliknya potensi bagi Malaysia membangunkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui adalah amat cerah khasnya tenaga solar dan angin.

Malangnya, Kerajaan Persekutuan atau pun Kerajaan Negeri belum ada sebarang dasar tenaga yang ketara demi mempromosi tenaga yang boleh dibaharui (RE). Persoalan sama ada Kerajaan Negeri bersedia untuk memara ke arah Negeri Hijau melalui usaha-usaha menggalakkan pemasangan kuasa Tenaga Boleh Dibaharui perlu ditangani dengan kadar segera.
Saya juga menghulurkan bantuan saya kepada para penduduk dan peniaga yang mengalami kerugian dna kerosakan peralatan akibat bekalan elektrik tergendala pada 13, 14 dan 15 Disember ini.

Kereka yang terbabit boleh mencuba menuntut rebet elektrik melalui Suruhanjaya Tenaga di Tingkat 18, Menara Ansar, Jalan Trus, JB atau e-ADUAN DI website Suruhanjaya Tenaga http://st.gov.my/index.php atau hadir di Pejabat ADUN Skudai di 73A Jalan Sri Orkid 17, Taman Sri Orkid, 81300 Skudai.Tel:07-5127652.