Saya membantah sekeras-kerasnya atas cadangan Negeri Melaka dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan.
Menurut liputan BERNAMA, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata tidak mustahil untuk merealisasikan cadangan menjadikan Melaka sebagai Wilayah Persekutuan.
Pendirian Idris adalah mengugat kepada kedaulatan negeri Melaka.
Lahirnya Melaka yang melebihi 600 tahun adalah menjadi asas kepada kewujudan negara Malaysia.
Jika Melaka dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan maka kedaulatan Melaka yang membentuk negara Malaysia akan dihapuskan.
Saya memperingatkan kepada Idris bahawa slogan “segala bermula dari Melaka” cukup membanggakan.
Saya memberi amaran kepada Idris jangan menggadaikan Melaka demi kepentingan politik.
DAP akan mempertahankan kedaulatan Melaka dan Perlembagaan Persekutuan yang membentuk Malaysia.