Salam sejahtera rakyat Pulau Pinang yang saya kasihi.
Sebentar tadi berlangsungnya Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri menerusi sidang video, saya berasa beberapa perkara yang wajar diteliti dan disegerakan pada peringkat negeri meliputi:-
- Memfokuskan pencegahan terhadap kluster-kluster yang berpunca daripada tempat kerja terutamanya membabitkan sektor pengilangan, pembinaan dan perkhidmatan khususnya penguatkuasaan di tempat penginapan serta logistik para pekerja;
- Penggunaan ‘Big Data Analysis’ terutamanya perkongsian-perkongsian maklumat dalam kalangan kepelbagaian agensi bagi meningkatkan pencegahan pada peringkat lokaliti. Malah, platform MySejahtera bakal memainkan peranan merangkumi libat urus dengan pesakit secara langsung;
- Terdapat beberapa hospital swasta di negeri Pulau Pinang telah mula menerima pesakit-pesakit dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sedang meneruskan perbincangan lanjut dengan lain-lain pusat perubatan/persekutuan/agensi-agensi lain bagi rawatan serta saringan pesakit COVID-19 pelbagai kategori;
- Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan lawatan tapak pada 23 Januari 2021 ke MARA Excellence Centre (MEC), Jawi, Seberang Perai Selatan (SPS) berhubung permohonan Pulau Pinang bagi pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Berisiko Rendah sebelum ini.