Skip to content

Meminta kerajaan supaya menarik balik perintah membenarkan pelajar IPT untuk merentas negeri and pulang ke rumah sempena cuti perayaan Aidilfitri

Saya berasa terkejut dengan perintah kerajaan yang membenarkan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk merentas negeri dan pulang ke rumah sempena cuti perayaan Aidilfitri yang akan datang. Saya meminta agar perintah ini ditarik balik untuk mengelakkan gelombang wabak Covid-19 yang baru.

Menurut SOP, pelajar yang tidak berada di kawasan PKP tidak perlu menjalani kuarantin.

Pelajar universiti juga seorang manusia, pergerakan manusia secara besar-besaran mahupun dalam negara dan di luar negara telah mengakibatkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak. Individu-individu yang kembali ke semenanjung setelah pilihan raya di Sabah telah terbukti ia merupakan penyebab utama penyebaran wabak berskala besar.

Di Kluang, banyak kes jangkitan tempatan baru-baru ini juga didapati berasal dari beberapa pelajar IPT yang pulang dari Universiti di Kampar, Perak, di mana wabak Covid-19 berlaku.

Kegiatan sosial seperti perhimpunan yang disebabkan oleh kepulangan pelajar IPT ke kampung halaman mereka juga terbukti menjadi penyebab banyak kes jangkitan. Oleh itu, kebenaran kerajaan bagi pelajar IPT pulang ke rumah sempena hari raya Aidilfitri adalah dasar yang tidak betul sama sekali.

Ini mungkin akan membawa kesan yang membebankan sistem perubatan negara dan petugas barisan hadapan.

Saya juga menyeru para pelajar IPTj untuk bekerjasama menyelamatkan diri dan negara, untuk tidak merentasi negeri dan kembali ke kampung halaman dan juga menyertai perjumpaan sosial, untuk melindungi diri mereka sendiri, keluarga dan kampung halaman mereka.