Skip to content

Memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor Daru Ehsan kerana telah menyebabkan Tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama ADUN Kajang YB Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail sahaja sebagai calon YAB Menteri Besar Selangor yang baru

Bagi pihak DAP, saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor Daru Ehsan kerana telah menyebabkan Tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama ADUN Kajang YB Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail sahaja sebagai calon YAB Menteri Besar Selangor yang baru.

Keputusan DAP mengemukakan nama YB Datuk Seri Wan Azizah sahaja ini kepada DYMM Tuanku telah dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) YB Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013, serta sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 ADUN Selangor kepada YB Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, dan kata sepakat (consensus) Pakatan Rakyat bahawa calon Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR.

DAP mengulangi kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi dan akan berunding dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang titah Tuanku DYMM Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Sulit Tuanku.