Saya ingin memohon maaf kepada ahli-ahli dan penyokong DAP di Muar kerana tidak menghadiri majlis pelancaran pusat khidmat dan komuniti Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hua dan ADUN Bentayan Vincent Chua malam semalam.
Saya juga ingin memohon maaf kepada rakyat Muar yang telah terus-menerus menyokong DAP dengan membeli tiket untuk majlis makan malam kita semalam. Kemenangan DAP di Bakri dan Bentayan walaupun banyak rintangan adalah bukti sokongan rakyat Muar yang berani kerana benar dari segenap lapisan kaum dan masyarakat demi perjuangan DAP bagi sebuah negara Malaysia untuk rakyat Malaysia yang bebas, adil, demokratik, aman, berintegriti dan makmur.
Saya tidak dapat menghadiri dua majlis di Muar semalam, walaupun saya telah berjanji untuk hadir, kerana saya tidak sihat. Saya telah merasa kebas di ibu jari kaki kanan buat beberapa minggu dan kedua-dua doktor fisioterapi dan ortopedik mengaitkan keadaan itu dengan masalah tulang belakang. Saya sedang menerima rawatan dan terpaksa berehat semalam.