Skip to content

Mengalu-alukan inisiatif JKJAV di mana pemberian vaksin kepada 400,000 pekerja Malaysia yang berulang-alik ke Singapura setiap hari di bawah fasa kedua Program Imunisasi Covid -19 Kebangsaan

Saya mengalu-alukan inisiatif Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID- 19 (JKJAV) di mana pemberian vaksin kepada 400,000 pekerja Malaysia yang berulang-alik ke Singapura setiap hari di bawah fasa kedua Program Imunisasi Covid -19 Kebangsaan.

Saya juga memberi penghargaan kepada kerajaan Singapura kerana menawarkan vaksin COVID-19 kepada pemandu dan pengiring lori kargo barangan keperluan yang sering memasuki Singapura dari Malaysia pada bulan ini agar dapat mengurangkan risiko penyebaran virus.

Demi pemulihan ekonomi negeri Johor mahupun ekonomi negara, pemberian vaksin perlu diberi keutamaan kepada sektor-sektor ekonomi strategik agar dapat mendorong aktiviti ekonomi dan mencapai tahap faedah yang maksimum.

Aktiviti ekonomi Johor bergantung rapat dengan ekonomi Singapura. Oleh itu, pekerja- pekerja di bahagian berkenaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru dan Lapangan Terbang Senai harus diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin demi persediaan pemulihan aktiviti ekonomi antara Johor dan Singapura. Di samping itu, keupayaan menyaring Covid-19 dan makmal ujian sampel saringan di CIQ harus dipersempurnakan secepat mungkin.

Langkah yang diambil oleh kerajaan Singapura telah menunjukan bahawa kerajaan negara tersebut telah melaksanakan rancangan pemberian vaksin berteraskan kepada minda strategik, di mana aspek pendedahan risiko dan juga menyokong sektor ekonomi yang penting diutamakan. Oleh itu, pemandu dan pengiring lori kargo diutamakan terlebih dahulu berbanding dengan orang ramai negara Singapura.

Saya menekan sekali lagi bahawa, keutamaan pemberian vaksin oleh JKJAV harus mengikut aspek pendedahan risiko, tahap kritkal dan sektor ekonomi yang penting untuk pemulihan ekonomi negara. Dengan itu, pegawai-pegawai yang bekerja di pejabat dengan profil risiko yang rendah tidak harus dikategorikan dalam senarai petugas barisan hadapan dalam fasa pertama.

Saya juga ingin mengulang sekali lagi cadangan saya dalam persidangan DUN Johor pada Nov tahun lepas, iaitu ADUN-ADUN Pakatan Harapan juga harus dijemput untuk mengambil bahagian dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri / Ibrahim Johor Economic Council (IJEC) demi usaha dan merangka strategi-strategi yang lebih efektif dalam mendorong pemulihan ekonomi Johor bersama-sama.