Skip to content

Mengalu-alukan Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk datang ke Majlis Perbandaran Kajang dan kami akan mengajar beliau bagaimana caranya untuk meminimakan serta mengelakkan masalah yang bakal tertimbul melalui sistem tender terbuka

Tender terbuka merupakan suatu sistem lantikan kontraktor yang telus dan terbuka untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan dalam proses lantikan kontraktor dan masalah yang bakal timbul dapat di elakkan jika prosedur yang baik di amal. Saya mengalu-alukan Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk datang ke Majlis Perbandaran Kajang dan kami akan mengajar beliau bagaimana caranya untuk meminimakan serta mengelakkan masalah yang bakal tertimbul melalui sistem tender terbuka.

MPKj telah melantik kontraktor melalui tender terbuka pada Februari 2015 dengan kos RM1.87 juta untuk membina sebuah dewan orang ramai di Taman Impian Ehsan. Kontraktor tersebut telah gagal menyempurnakan projek tersebut dalam tempoh yang di berikan iaitu pada Februari 2016 dan kontraknya di tamatkan pada Julai 2016. Walau bagaimanapun, MPKj tidak mengalami sebarang kerugian kerana menurut prosedur yang di amalkan oleh MPKj, bayaran adalah di buat secara berperingkat dan sehingga kini, walaupun projek pembinaan ini terbengkalai pada peringkat 75% siap di bina, MPKj hanya membayar RM500,000 kepada kontraktor. MPKj akan menyenaraihitamkan kontraktor tersebut melalui CIDB dan merampas bon kerja bernilai RM53,000 selain daripada mengenakan penalti lewat sebanyak RM 19,000 ke atas kontraktor tersebut.

MPKj kini dalam proses menyediakan BQ baru untuk melantik kontraktor baru melalui tender terbuka dan sekiranya terdapat sebarang kos tambahan setelah membuka semula tender tersebut, ia akan di kenakan ke atas kontraktor asal yang gagal itu. Ini jelas membuktikan tidak timbul apa-apa masalah yang besar dengan melantik kontraktor melalui tender terbuka seperti yang di katakan oleh Tengku Adnan. Tengku Adnan telah menyatakan tender terbuka bakal menyebabkan kerugian kepada kerajaan khususnya apabila pembida yang datang dengan harga paling rendah dan diberi kontrak, gagal menyiapkan sesebuah projek mengikut waktu ditetapkan.

Kerajaan akan mengalami kerugian yang lebih besar jika lantikan kontraktor di jalankan dengan cara rundingan terus kerana ia mendorong seseorang lebih cenderung memberikan kontrak kepada kroni masing-masing. Contoh yang saya berikan tersebut jelas membuktikan MPKj tidak mengalami sebarang kerugian dan Tengku Adnan tidak memahami tender terbuka.