Skip to content

Mengalu-alukan persetujuan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 untuk membenarkan pengamal perubatan am swasta (GP) mengambil bahagian dalam fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan

Saya mengalu-alukan persetujuan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) untuk membenarkan pengamal perubatan am swasta (GP) mengambil bahagian dalam fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan, agar orang ramai mempunyai peluang yang lebih luas untuk melakukan vaksinasi.

Saya juga perlu menekankan:

  1. Pengamal perubatan am swasta mesti mengikuti senarai yang disediakan oleh JKJAV, mereka tidak boleh memilih untuk memberikan vaksin kepada individu tertentu secara selektif.
  2. Pengamal perubatan am swasta seharusnya menyertai Program ini pada fasa pertama untuk memberikan vaksin kepada petugas-petugas barisan hadapan walaupun ia tidak membawa keuntungan, tetapi bukan hanya menyertai pada fasa kedua.
  3. Menurut pengumuman JKJAV, jumlah orang yang divaksin pada keseluruhan pada 7 Mac adalah 139,720 orang. Pada kadar ini, iaitu 140,000 orang divaksin seminggu, walaupun setiap orang hanya mengambil satu dos, diperlukan 164 minggu atau lebih dari 3 tahun untuk menyelesaikan vaksinasi pertama untuk 23 juta rakyat Malaysia (sasaran pembentukan imuniti kelompok yang ditetapkan oleh kerajaan). Oleh itu, pengamal perubatan am swasta harus direkrut daripada fasa pertama pemberian vaksin juga, supaya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan negara kita dapat memasuki fasa kedua seperti yang dirancang atau lebih awal.
  4. Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) tidak patut meminta membeli vaksin untuk memberi vaksin kepada individu tertentu memandangkan penawaran vaksin global amat ketat sekarang. Sebaliknya, apa yang harus dibuat oleh APHM ialah membantu mempercepatkan pemberian vaksin mengikut senarai nama prioritas yang ditentukan oleh kerajaan.