Presiden PAS, Hadi Awang, telah mengulangi semula tuduhan liar dan tidak masuk akalnya terhadap DAP di dalam kempen pilihan raya kecil Kemaman malam tadi, dengan mengatakan yang DAP akan memusnahkan negara dan perlu dikalahkan.
Ada persoalan yang saya ingin tanyakan kepada Hadi Awang.
Pertama, mengapa dia dia sebegitu lama sekali mengenai penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen PAS Kepala Batas, Siti Mastura Mohamad, terhadap DAP dan saya?
Adakah kerana Hadi tahu yang Mastura salah, tetapi dia tidak boleh berkata apa-apa kerana Siti Mastura hanyalah mengikuti jejak langkah Hadi dalam menyebarkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian?
Sudah hampir setahun Hadi gagal memberikan sekelumit bukti sekalipun untuk membuktikan yang kononnya DAP dan saya ini anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis, dan mempromosikan Islamofobia.
Adakah menyebarkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian sudah menjadi “lumrah” personaliti Hadi dan para pemimpin PAS, yang telah membuatkan dia menabur tuduhan liar dan tidak masuk akal yang tidak dapat dibuktikannya?
Mungkinkah untuk Hadi menjadi seorang pemimpin Islam yang bertanggungjawab, jujur, dan dihormati yang menjauhkan dirinya dari penipuan, fitnah, berita palsu, ucapan kebencian, tuduhan liar dan tidak masuk akal, bermula dengan mengecam apa yang dibuat oleh Siti Mastura?
Adakah Hadi masih percaya dengan apa yang dia katakan semasa kempen pilihan raya kecil Teluk Intan pada tahun 2014, di mana dia mengingatkan ahli-ahli PAS bahawa DAP yang membantu PAS semasa gabungan Barisan Nasional (BN) cuba untuk menendang parti tersebut dari mentadbir Kelantan semasa Darurat Kelantan 1977, dan walaupun ada banyak perbezaan di antara DAP dan PAS, seperti apa yang halal dan haram, alkohol, khinzir, dan hudud, kedua-dua parti ini bersetuju dengan matlamat-matlamat seperti menghapuskan kemiskinan dan kezaliman, dan membanteras rasuah?
Adakah Hadi masih percaya yang DAP adalah “dalang” di sebalik cubaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Perkauman di bawah Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 dan adakah dia sudah cuba untuk dapatkan penjelasan dari Mahathir Mohamad, yang merupakan Perdana Menteri ketika itu, untuk mengetahui siapakah “dalang” yang sebenarnya?
Hadi juga diam seribu bahasa mengenai dapatan analisa Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) yang bekerjasama dengan University of Nottingham Malaysia, Universiti Sains Malaysia, dan Universiti Malaysia Sabah mengenai media sosial dalam Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini yang mengenal pasti Hadi dan PAS sebagai penyebar utama retorik perkauman dalam pilihan raya umum ini.
Saya masih menunggu jawapan Hadi.