Mengapakah Perdana Menteri dan pemimpin BN berdiam diri kerana rakyat Malaysia menyaksikan kejatuhan menyedihkan ringgit sebanyak 1% hari ini berbanding dolar Singapura ke paras terendah dalam sejarah hampir RM 3.31 dan paras terendah baru dalam 24 tahun untuk dolar AS pada RM4.70? Tidak ada gunanya bertanya mengenai perkara ini kepada orang yang paling berkuasa di Malaysia sekarang, iaitu Presiden UMNO dan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang menentukan sendiri nasib Perdana Menteri Ismail Sabri dan ahli parlimen BN pada pilihan raya umum akan datang, dengan kuasa mutlak untuk mengeluarkan watikah kepada calon BN.
Ahmad Zahid telah menyatakan dengan jelas bahawa memenangi pilihan raya umum akan datang amat diperlukan ‘sekarang atau tidak ada masa lagi’ untuk memastikan pemimpin BN seperti dirinya, Mohamad Hassan, Wee Ka Siong MCA, pemimpin MIC Vigneswaran Sanasee dan M. Saravanan, boleh terlepas daripada didakwa kerana rasuah. Dalam pada itu, kerajaan nampaknya telah lumpuh dengan penyusutan nilai ringgit yang cepat sejak beberapa hari lalu, tanpa jaminan diberikan kepada pasaran kewangan untuk mempertahankan nilai ringgit.
Kelumpuhan Kerajaan Mesti Dihentikan
Kelumpuhan kerajaan ini mesti dihentikan apabila sepatutnya ada Perdana Menteri dan Kabinet sementara untuk menangani krisis kewangan sekarang. Dengan ringgit yang lemah, rakyat Malaysia dan perniagaan menghadapi masa depan kewangan yang suram dengan kos import yang melambung tinggi, kos sara hidup yang lebih tinggi dan kos faedah yang lebih tinggi dijangka akan diumumkan oleh Bank Negara bulan depan.
Perdana Menteri sementara mahupun Menteri Kabinet sementara tidak menangani kebimbangan serius yang menjejaskan perniagaan dan rakyat ini. Ini adalah sangat tidak bertanggungjawab apabila mereka masih dibayar gaji tanpa melakukan apa-apa, walaupun Parlimen telah dibubarkan.
DAP telah mencadangkan reformasi struktural ekonomi sama seperti saranan Bank Dunia pada 27 September, supaya reformasi ekonomi fiskal dan struktural dilaksanakan dalam pendidikan, pendigitalan dan menambah baik iklim pelaburan untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi berasaskan inovasi yang lebih produktif dan berdaya saing. Perkara ini turut disampaikan kepada Menteri Kewangan semasa perbincangan sebelum Belanjawan 2023 oleh pasukan DAP yang diketuai oleh Setiausaha Agung Loke Siew Fook.