Skip to content

Mengapa tiada tindakan oleh Peguam Negara terhadap portal Muafakat Nasional?

Saya telah dimaklumkan oleh pihak polis bahawa setakat ini kes yang melibatkan saya dipanggil ke Bukit Aman tahun lepas telah distatuskan “No Further Action (NFA)”. Saya ingin mendapatkan pengesahan dan penjelasan daripada Peguam Negara mengenai keputusan “No Further Action (NFA)” terhadap siasatan kata-kata palsu yang dilemparkan terhadap saya yang telah menyebabkan kegusaran ramai.

Keputusan NFA tersebut dibuat walaupun selepas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador pada Julai 2020 dilaporkan berkata bahawa siasatan polis mendapati bahawa kontroversi yang melibatkan saya adalah berpunca dari poster yang dibuat oleh satu portal yang dikaitkan dengan sebuah parti politik dalam Kerajaan iaitu muafakatnasional.net dan sehingga kini, tiada sebarang tindakan susulan selepas kenyataan tersebut.

Saya telah dipanggil untuk diambil keterangan pada Jun 2020 dan telah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan tersebut, namun apakah yang berlaku selepas itu? Kata-kata palsu yang dibuat terhadap saya telah menimbulkan kegusaran awam. Mengapakah pihak yang mengeluarkan kata-kata palsu itu tidak dikenakan tindakan walaupun KPN secara terbuka telah mengenalpasti dalangnya? Adakah Peguam Negara tidak langsung mempertimbangkan kenyataan yang dibuat oleh KPN dalam membuat keputusan NFA?

Adakah keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara selari dengan peruntukan undang-undang atau terdapat sebab lain yang tidak ada kaitan dengan undang-undang?

IGP: Portal muafakatnasional.net dalang hantaran berbaur hasutan ‘Hannah Yeoh’ – Malaysiakini 11 Julai 2020 https://www.malaysiakini.com/news/533973

Polis kenal pasti dalang isu Hannah Yeoh – Sinar Harian 11 Julai 2020
https://www.sinarharian.com.my/article/91712/BERITA/Jenayah/Polis-kenal-pasti-dalang-isu-Hannah-Yeoh

Bukit Aman: Hannah Yeoh’s statement has seditious tendencies, could incite certain parties – The Star 17 June 2020 https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/17/bukit-aman-hannah-yeoh039s-statement-has-seditious-tendencies-could-incite-certain-parties

IGP says seditious posting wrongly attributed to Hannah Yeoh first made on muafakatnasional.net – Malay Mail 11 July 2020 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/07/11/igp-says-seditious-posting-wrongly-attributed-to-hannah-yeoh-first-made-on/1883608