Saya terkejut dengan kenyataan presiden MCA Wee Ka Siong yang terlanjur kerana menggesa kerajaan untuk “melakukan perkara yang berperikemanusiaan” dengan menyelesaikan tuntutan mahkamah yang dibawa oleh Florence Lee, wanita mangsa perlanggaran LRT di Kuala Lumpur tiga tahun lalu, di luar mahkamah.
Adakah beliau lupa bahawa dia adalah Menteri Pengangkutan ketika kemalangan itu berlaku? Adakah Wee menuding sendiri tidak berperikemanusiaan?
Apa yang peliknya ialah, mengapa Wee tidak menggunakan kuasa jawatan Menterinya pada masa itu untuk melakukan ktawaran yang “paling berperikemanusiaan” kepada pihak mangsa, sedangkan dia mempunyai kuasa dan peluang sepenuhnya? Kenyataan Wee hari ini paling berbau kemunafikan dan tidak jujur.
Tindakannya sekarang sekadar melepaskan batuk di tangga.
Mungkin peguam mangsa Florence Lee boleh membuat representasi kepada pihak berkuasa, yang saya pasti ia akan dilihat dengan penuh ehsan.