Adakah anda tahu berapa jenis bahan yang boleh dikitar semula daripada cakera keras (hard disk)? Sebagai salah satu usaha untuk mempromosi Jaringan Sisa Sifar (Zero Waste Network), Penang Green Council telah mengadakan satu siri Kempen Kesedaran dan Pengumpulan Sisa Elektronik dengan kerjasama Shan Poornam Metals Sdn. Bhd., syarikat kitar semula yang mempunyai Kemudahan Pemerolehan Penuh Luar Tapak (off-site recovery facilities) yang dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Inisiatif Selasai Masalah Sisa Elektronik (Solving the E-Waste Problem, StEP) merupakan satu kerjasama antara Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations), organisasi-organisasi industri, kerajaan, bukan kerajaan (NGOs) dan sains. Pangkalan data sedunia sisa elektronik StEP menunjukkan Malaysia menghasilkan 415,000 metrik tan peralatan elektrik dan elektronik pada tahun 2012, dan menjana sejumlah 289,320 metrik tan atau 9.96 kg sisa elektronik bagi setiap penduduk. Menjelang 2017, pelupusan peralatan elektronik seperti peti sejuk, TV, telefon bimbit, komputer, monitor, alat mainan elektronik, dan produk lain-lain dengan bateri atau kord elektrik di seluruh dunia dijangkakan akan mengelilingi tiga suku garisan khatulistiwa dalam 40 tan trak. [1]
Setiap hari, terdapat banyak sisa elektronik yang tidak dilupus secara betul dan sebahagiannya telah dilupuskan secara haram. Sebagai contoh, agen penyejuk penghawa dingin iaitu kluorofluorokarbon (CFC-Chlorofluorocarbon) dibebaskan ke udara oleh penggiat-penggiat kitar semula yang tidak mempunyai Kemudahan Pemerolehan Penuh Luar Tapak menyebabkan penipisan lapisan ozon.
Sisa elektronik merupakan barang-barang kelengkapan/ peralatan elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan oleh pengguna asal dan tidak lagi memberi apa-apa nilai kepada pengguna tersebut. Contohnya komputer peribadi, TV, radio, peti sejuk, mesin basuh, penghawa dingin, pencetak, telefon bimbit dan sebagainya. Di Malaysia, sisa elektronik disenaraikan sebagai salah satu buangan terjadual dengan kod SW110 di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Di Malaysia, sisa elektronik dikumpul dan hanya dirawat di tempat berlengkapan dengan kemudahan yang berlesen dari Jabatan Alam Sekitar. Menjelang hujung Februari tahun 2013, sebanyak 18 kemudahan pemerolehan penuh dan 128 kemudahan pemerolehan separa penuh sisa elektronik yang berlesen melaksanakan proses pemerolehan bahan besi yang berharga (emas, perak dan platinum) dan bernilai (kuprum, aluminium dan nikel). Kemudahan-kemudahan tersebut juga dijangkakan untuk merawat unsur-unsur berbahaya yang didapati dalam sisa elektronik, seperti logam berat (kadmium, plumbum dan merkuri) untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar dan kesan negatif kepada kesihatan manusia, pada masa yang sama mengendalikan bahan boleh dikitar semula, seperti plastik dan kaca.[2]
Orang ramai digalakkan untuk melupuskan sisa elektronik dari isi rumah melalui kontraktor kitar semula yang sah dilantik oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Sesiapa yang berminat untuk menubuhkan pusat pengumpulan sisa elektronik, sila hubungi:
Penang Green Council (PGC Strategies Sdn Bhd)
Alamat:
Tingkat 46, KOMTAR,
Pulau Pinang 10503 Malaysia.
Tel: 04-2503321
Faks: 04-2503323
Emel: [email protected]
Laman Web: www.pgc.com.my
Shan Poornam Metals Sdn Bhd
Alamat:
Plot 34 (No. 1479), Lorong Perusahaan Maju 6,
Kawasan Perindustrian Perai, Fasa 4,
13600 Perai, Pulau Pinang
Tel: 04-5084841
Faks: 04-5084843
1 Growing e-waste problem (http://www.thestar.com.my/News/Environment/2014/01/06/Growing-ewaste-problem/)
2 Journal of Waste Management, Volume 2014 (2014), e-Waste Management Scenarios in Malaysia (http://www.hindawi.com/journals/jwm/2014/609169/)