Pada hari Jumaat yang mulia ini, saya menggesa ahli parlimen Langkawi, Dato’ Haji Mohd Suhaimi Abdullah menyedari kesalahan beliau atas kenyataan seksis yang diungkapkan terhadap rakan sekerja saya ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok semalam di dalam Dewan Rakyat.
Kelakuan Mohd Suhaimi tersebut adalah satu tindakan yang mengecewakan bagi seorang wakil rakyat yang sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada rakyat. Mana-mana agama juga dididik untuk berbudi bahasa dan menjaga kesopanan dan kesusilaan.
Saya juga menuntut presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengenakan tindakan tatatertib parti terhadap Mohd Suhaimi atas tindakan tidak wajar beliau.