Skip to content

Menggesa Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang supaya menjalankan siasatan pada kadar segera laporan sebuah media atas talian berhubung kejadian membabitkan seorang pelajar

Saya mengambil maklum akan laporan sebuah media atas talian berhubung kejadian membabitkan seorang pelajar yang bertajuk ‘Form 1 girl says told to kneel before assembly for wearing ‘wrong’ shoes’.

Sehubungan itu, saya menggesa Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang supaya menjalankan siasatan pada kadar segera dan mengambil tindakan sepatutnya kepada pihak berkaitan sekiranya insiden tersebut benar-benar berlaku.

Kerajaan Negeri tidak akan sama sekali berkrompomi akan perkara sebegini, dan berharap Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dapat menyegerakan tindakan perlu bagi mengelak tanggapan serta persepsi negatif oleh pelbagai pihak terhadap institusi pendidikan negara.