Skip to content

Menggesa PDRM, SPR dan SPRM menjalankan siasatan secepat mungkin terhadap Ceramah Mega/Perjumpaan Dengan Masyarakat India di Aeon Indahpura, Kulai

Semalam, calon BN P163 Kulai telah menghadiri satu Ceramah Mega / Perjumpaan Dengan Masyarakat India di Aeon Indahpura, Kulai.

Pada program itu, lebih 10 artis dijemput dan melakukan persembahan. Malah, sebanyak 100 hadiah juga telah disediakan untuk acara cabutan bertuah termasuk:

No. 1 Rantai Emas Lelaki -1
No. 2 Rantai Emas perempuan – 1
No. 3 Rantai Emas Tangan -1
No. 4 Anting Emas Telinga Perempuan -1
No. 5-15 Emas Hidung Mukkutti -10
No. 16-20 Handphone Vivo -5
No. 21- 30 Rice Cooker -10
No. 31-40 Iron Box -10
No. 41-50 Blender / Mixer -10
No. 51-60 Air Cooler -5
No. 61 -70 Oven -5
No. 71-80 Table Fan -10
No. 81-90 Hair Dryer -10
No. 91-100 Hamper – 10

Calon BN P163 turut berucap dan berkempen dalam program tersebut. Adalah cukup jelas bahawa program sebegini adalah program kempen yang bersifat sebagai membeli undi.

Khamis lalu, MB Johor dan Presiden MCA juga menghadiri jamuan dengan NGO dan masyarakat Cina di Hotel Impiana, Senai.

Saya telah menggesa MB Johor dan Wee Ka Siong untuk menjawab siapakah yang membayar untuk Sesi Ramah Mesra yang diadakan di Hotel Impiana, Senai berkenaan.

Pada saya, tidak salah bagi pemimpin BN berkempen untuk calon mereka. Tetapi jikalau jamuan yang melebihi 30 meja itu dibayar dengan duit rakyat, maka ia adalah amat salah.

Namun begitu, selepas 24 jam, soalan ini masih lagi belum dijawab.

Program semalam di Aeon adalah sesuatu yang amat tidak beretika.

Tambahan pula, program berkenaan dikatakan menggunakan pihak PIBG untuk menyampaikan baucer cabutan bertuah kepada ibu bapa murid mereka.

Bagaimana ini boleh berlaku? Di mana pemantauan pihak berkuasa?

Perlu ditegaskan di sini bahawa sekolah tidak seharusnya dijadikan medan untuk berkempen politik. Tindakan mempergunakan sekolah seumpama ini langsung tidak boleh diterima.

Oleh demikian, satu laporan polis telah dibuat terhadap program tersebut. Saya menggesa PDRM, SPR dan SPRM menjalankan siasatan secepat mungkin.

FB post 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7