Skip to content

Menggesa pihak kerajaan memperjelaskan butiran kontrak bernilai RM30.75 juta bagi kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian membabitkan penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah Klang untuk DBKL

Saya menggesa pihak kerajaan memperjelaskan butiran kontrak bernilai RM30.75 juta bagi kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian membabitkan penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah Klang untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Baru-baru ini media telah melaporkan bahawa Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) telah menerima kontrak tersebut melalui syarikat Ennova Sdn Bhd (https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/06/963401/scib-dapat-kontrak-rm3075-juta-ganti-tiang-lampu).

Orang ramai tertanya-tanya, adakah kontrak bernilai RM30.75 juta itu semata-mata hanya untuk membina 200 tiang lampu? Adakah ini bermaksud pembinaan satu tiang lampu perlu menelan kos bernilai sebanyak RM153,750?

Saya juga akan menjalankan tugas saya selaku wakil rakyat dengan mendapatkan penjelasan daripada DBKL apakah kontrak tersebut diberikan melalui tender terbuka atau tidak. Mengapa kontrak itu perlu diberikan melalui Ennova Sdn Bhd dan bukannya terus daripada DBKL atau kerajaan?

Kerajaan tiada alasan untuk mengetepikan soal ketelusan dan tadbir urus yang baik dalam pengurusan kontrak berbelanja begitu tinggi.