Skip to content

Menggesa supaya Majlis Keselamatan Negara dan Menteri Wanita dan Keluarga mengkaji semula keputusan untuk menutup Talian Kasih buat sementara waktu

Saya menggesa supaya Majlis Keselamatan Negara (“MKN”) dan Menteri Wanita dan Keluarga mengkaji semula keputusan untuk menutup Talian Kasih buat sementara waktu.

Perkhidmatan Talian Kasih wajar diteruskan untuk memberi tumpuan khas perlindungan dan kebajikan kumpulan sasar seperti kanak-kanak, warga emas, OKU dan mangsa keganasan rumahtangga. Ini juga untuk memastikan talian 999 atau 112 ini tidak dibebankan dengan isu yang lain dan boleh memberi fokus kepada isu keselamatan berbangkit daripada perintah kawalan pergerakan.

Talian Kasih mesti dilihat sebagai perkhidmatan perlu (“essential service“) kerana dalam tempoh inilah kumpulan sasar berada pada keadaan paling rentan.

Keputusan menutup Talian Kasih buat sementara waktu ini semestinya tidak akan berlaku jika ahli MKN satu ketika dulu merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita pertama merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (yang sekarang ini dianggotai semua lelaki).