Skip to content

Mengutuk keras kenyataan Tajuddin yang begitu sombong, ekstrem dan terlampau

Saya berasa amat terkejut dan marah terhadap amaran Timbalan Menteri Pertanian Tajuddin mahu “lempang Cina”. Saya mengutuk keras Tajuddin yang selaku Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan yang begitu sombong, ekstrem dan terlampau, bukan sahaja tidak selaras dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, malah memprovokasi dan memusnahkan keharmonian kaum, menyebabkan hubungan kaum semakin tegang.

Saya menyeru Tajuddin supaya menarik balik kenyataan tersebut dengan segera, dan memohon maaf kepada masyarakat Cina.

Tajuddin berkata pada 1 Oktober, “Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka. Nak kena lempang macam itu.”

Kenyataan Tajuddin telah menyakitkan perasaan masyarakat Cina, timbalan menteri seperti ini langsung tidak sesuai di negara kita, oleh itu Tajuddin patut dihukum oleh Perdana Menteri dan UMNO, PM harus memecat Tajuddin untuk membuktikan Kabinet beliau bukan Kabinet yang ekstrem.

Saya mahu memberi amaran kepada Tajuddin, apakah identiti dan kelayakan anda untuk bercakap sedemikian? Kenyataan tersebut adalah sombong sekali. Tajuddin bukan sahaja tidak sesuai menjadi menteri, malah langsung tidak sesuai menjadi warga Malaysia! Pemikiran seperti ini harus ditolak bersama-sama oleh rakyat Malaysia!

Saya mengingatkan Tajuddin, baru-baru ini Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang mengeluarkan kenyataan yang menolak sentimen ekstrem dan mempertahankan keharmonian kaum, ini bukan kerana warga Cina tempatan mengadu kepada beliau, tetapi disebabkan Cina tempatan telah menetap di Malaysia selama beberapa generasi, mencintai tanahair ini, kenyataan Tajuddin adalah menghina dan diskriminasi orang Cina tempatan, ini juga mengelirukan kaum yang lain, menyebabkan kaum lain sangka masyarakat Cina tempatan merindui negara China.

Masyarakat Cina tempatan sama dengan kaum yang lain, mempunyai semangat patriotik yang mendalam, dan selama ini mengamalkan hubungan ramah mesra dengan kaum lain, tetapi kenyataan Tajuddin telah menyakitkan perasaan orang Cina tempatan. Masyarakat tempatan membantu dalam pembangunan negara ini, dan dalam sejarah negara, warga Cina juga telah menyertai dan menyumbang untuk mencapai kemerdekaan negara, oleh itu kenyataan Tajuddin adalah kebudak-budakan dan tidak berpengetahun sekali, beliau tidak sesuai menyandang jawatan Timbalan Menteri di negara kita.

Jika Najib tidak memecat Tajuddin, maka menteri yang ekstrem akan terus wujud dalam Kabinet ini, memusnahkan keharmonian kaum secara beransur-ansur, kerajaan ini bukan dimiliki semua kaum di dalam Malaysia, ia harus ditukarkan!

Bekas Menteri Pertanian Ismail Sabri pernah menyeru orang Melayu supaya boikot kedai dan barangan peniaga Cina, menteri ini bukan sahaja tidak dipecat, malah kini masih berada di dalam Kabinet sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Jika Kabinet terus terdapat menteri yang bersikap ekstrem dan rasis, maka negara kita akan menimpa nasib malang, dan ini juga menunjukkan Najib dan UMNO tidak mungkin melaksanakan transformasi, oleh itu UMNO dan BN harus ditukarkan untuk mencapai keharmonian dan kedamaian kaum dalam negara.