Skip to content

Mengutuk pendirian politik Khairy yang sering terumbang ambing

Pada hujung pentadbiran Najib Razak, ramai figura-figura besar UMNO, sudah bersuara dan menolak Najib sebagai pemimpin secara keseluruhannya. Pada ketika itu juga, apakah gred penilaian yang diberikan Khairy Jamaluddin kepada kerajaan di bawah Najib?

Baru-baru ini, Khairy telah memberikan pandangan beliau di dalam satu wawancara berkenaan prestasi kerajaan perpaduan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim boleh diberikan nilai “B-”, serta, mutu dan kualiti kerja para menteri di dalam kabinet semestinya dapat ditambah baik.

Pandangan-pandangan seperti Khairy ini dilihat sebagai semak imbang untuk kerajaan semasa sementara pihak pembangkang gagal memberikan kritikan yang membangun untuk pihak kerajaan. Saya yakin dan pasti para menteri akan mengamati pandangan yang diberikan dan memperbaiki mutu kerja mereka untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat.

Khairy menyatakan bahawa penilaian gred “B-” yang diberikan adalah kerana kerajaan sedang memikul Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai beban politik. Persoalan di sini adalah, sewaktu Khairy memegang jawatan menteri di bawah pentadbiran Najib, tidakkah Khairy menganggap Najib sebagai beban politik yang sangat berat? Apakah sebab Khairy memberikan sokongan yang teguh untuk Najib yang pada ketika itu sudah terpalit dengan pelbagai kontroversi dan skandal?

Pendirian politik Khairy sering terumbang ambing. Adakah beliau seorang hipokrit yang bermoral politik rendah?