Skip to content

Menjamin masa depan Negeri Pulau Pinang

Sempena pelancaran jentera pilihanraya umum DAP Negeri Pulau Pinang pada hari ini, kita juga ingin memperkenalkan satu tema yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Negeri, iaitu Menjamin Masa Depan Negeri Pulau Pinang.

Mengapa kita memilih tema ini dan apakah ia penting bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang ke 14 (PRU 14).

Sebagai sebuah parti pembangkang yang meriahkan ulangtahun ke 51 pada hari yang mulia ini, DAP telah membuktikan bahawa setelah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negeri Pulau Pinang bersama dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan, kita mampu membawa pengalaman dan pegangan politik yang ada pada kita sebagai parti pembangkang untuk menjadi parti pemerintahan yang lebih baik berbanding dengan kerajaan yang kita mengganti.

Sebagai parti pemerintah selama dua penggal ini, kita telah berjaya membawa perubahan yang ketara dan menyediakan satu landasan yang kukuh untuk terus membawa perubahan yang dapat membawa kesejahteraan dan menjamin masa depan negeri kita.

Dengan pengalaman dan kejayaan yang kita memperoleh, kita merasa yakin untuk menghadapi PRU 14 yang akan datang dan ingin berusaha bersama semua rakyat negeri Pulau Pinang demi menjamin masa depan negeri kita.

Kita mahu rakyat jelata tahu bahawa mereka tidak perlu merasa ragu dan gelisah tentang masa depan negeri ini sebab kita telah membuktikan bahawa kerajaan negeri yang baru ini mampu menjamin masa depan negeri kita. Oleh itu, rakyat jelata boleh menaruh harapan kepada kita untuk terus menjaga kepentingan masa depan negeri kita?

Kita juga mahu memberitahu Barisan Nasional dan parti-parti sekutunya bahawa Pakatan Harapan mempunyai visi untuk negeri Pulau Pinang dan kita sedia kerja kuat untuk merealisasikan visi menjamin masa depan negeri kita.

Apa masa depan negeri kita?

  1. Kita akan menjamin masa depan negeri kita dengan mempertahankan dan memperkukuhkan hak dan keistimewaan negeri kita yang terjamin dalam Perlembagaan Malaysia. Kita akan memastikan sesiapa yang menjadi Kerajaan Pusat akan menghormati hak dan keistimewaan negeri kita dan kita sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk memastikan masa depan dan kepentingan negeri kita dan rakyat kita terjamin dan tidak dipinggirkan.
  2. Kita menganggap perpaduan dan keharmonian rakyat amat penting untuk menjamin masa depan negeri kita. Kita telah mencapai kejayaan-kejayaan yang memerangsangkan dan akan melipat-gandakan ikhtiar kita untuk memupuk semangat mencintai negeri kita dan rakyat jelata boleh merasa yakin tentang peranan mereka dalam membentuk masa depan negeri kita.
  3. Satu pencapaian yang ketara yang membuktikan kemampuan kita adalah menerusi urus tadbir yang baik, pemerintahan yang bersih dan tidak korup, pengurusan kewangan dengan utuh, kecekapan pentadbiran dan penyampaian yang efisien. Sebagai negeri yang tidak banyak sumber semulajadi, kita perlu reinvent pentadbiran kerajaan supaya kita dapat memastikan kita dapat memberi kepimpinan yang berwibawa dan “kerajaan” mempunyai makna yang positif kepada rakyat jelata. Kita akan terus memastikan “kerajaan” kita adalah kerajaan yang boleh mendapat sokongan rakyat demi menjamin masa depan negeri kita.
  4. Pembangunan ekonomi adalah maha penting bagi negeri kita dan kita perlu menyediakan negeri kita untuk menyahut cabaran masa depan dan juga menyediakan masa depan untuk negeri kita. Kita perlu sedia memimpin segala jentera kerajaan, semua rakyat, semua sektor ekonomi dan semua pihak kepentingan untuk menggerak pembangunan sosio-ekonomi supaya kita boleh menjadi sebuah negeri yang berjaya dan rakyat dapat menikmati hasil pembangunan di negeri kita sendiri. Dalam mengejar pembangunan fizikal dan mengolah langkah ke status negeri yang maju, kita akan senantiasa memastikan pembangunan negeri kita adalah seimbang, yakni seimbangan semua rakyat jelata, seimbangan bandar dan desa dan seimbangan alam sekitar.
  5. Masa depan negeri dan rakyat tidak akan terjamin sekiranya pembangunan agama, budaya, warisan, sosial, pendidikan, gender, golongan keupayaan lain, institusi kemasyarakatan dan institusi demokrasi tidak terjamin. Inilah cabaran untuk kita dan ini juga peluang untuk kita untuk menjadi kerajaan yang dapat menjaga kepentingan semua.

Bagaimana kita memastikan masa depan negeri kita terjamin?

Kita telah mengupas apa dan mengapa kita perlu memastikan masa depan kita terjamin.

Kita cuma akan dapat menunaikan kewajipan ini sekiranya rakyat memberi mandat ketiga kepada kita dalam PRU 14.

Adakah parti kita sedia menghadapi pilihanraya yang maha penting ini, demi Malaysia dan demi Negeri Pulau Pinang.

Pelancaran jentera pilihanraya DAP di negeri Pulau Pinang hari ini menandakan keazaman kita untuk menyahut masa depan kita.

Di negeri Pulau Pinang, semangat kesepakatan di antara parti-parti Pakatan Harapan adalah penting. Ketidakadanya parti PAS tidak melemahkan keazaman kita dan sebaliknya membuka peluang untuk mengukuhkan pakatan kita dengan munculnya Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Parti Keadilan Rakyat adalah rakan politik dan setiakawan kita sejak zaman Reformasi. Kita akan sama-sama memainkan peranan untuk menerajui pakatan politik ini di negeri Pulau Pinang dan Malaysia.

Marilah kita bersepakat untuk menjamin masa depan negeri kita.