Skip to content

Menjawab pembohongan Hadi terhadap orang bukan Islam

Presiden PAS Abdul Hadi Awang meneruskan kempen sabotaj yang sistematik untuk menggugat kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan meramalkan kerajaan perpaduan akan tumbang tidak lama lagi. Hadi mendakwa Harapan berjaya membentuk kerajaan hanya dengan memenangi undi bukan Islam, memberi amaran bahawa Malaysia boleh dikawal oleh bukan Islam jika orang Melayu mempunyai kesedaran politik yang rendah.

Hadi memetik sebagai bukti peratusan keluar mengundi pengundi Islam sebanyak 68% berbanding dengan peratusan keluar mengundi bukan Islam sebanyak 98%. Ini adalah palsu dan mesti didedahkan sebagai pembohongan. Peratusan keseluruhan sebenar untuk pilihan raya ialah 74%. Penyelidik Bridget Welsh telah menyanggah Hadi dengan menyatakan bahawa orang Melayu mempunyai peratusan keluar mengundi terbaik dalam kalangan semua kaum pada 79%.

Hadi sekali lagi berbohong dengan menyatakan kerajaan perpaduan adalah kerajaan bukan Islam. Daripada 148 ahli parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan, lebih separuh atau 77 adalah ahli parlimen Islam, menepis naratif palsu bahawa kerajaan perpaduan dikuasai oleh ahli parlimen bukan Islam.

77 Ahli Parlimen Muslim dalam kerajaan perpaduan berbeza dengan 72 daripada 74 Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang beragama Islam. Dalam erti kata lain, lebih ramai ahli parlimen Muslim dalam kerajaan perpaduan berbanding pembangkang Perikatan Nasional. Namun Hadi meneruskan naratif untuk menonjolkan sentimen pelampau bagi mengurung undi Muslim tanpa mengambil kira orang bukan Islam di Malaysia.

Malaysia milik semua rakyat termasuk Muslim dan dan bukan Islam. Usaha Hadi untuk terus menyisihkan orang bukan Islam bukan sahaja salah tetapi juga menentang titah Yang Dipertuan Agong supaya menghormati kepelbagaian dan toleransi dalam masyarakat kita yang berbilang kaum.