YB Khairy Jamaluddin yang memegang jawatan Menteri Kesihatan baru harus memberi perhatian segera kepada situasi penularan wabak covid-19 di Johor. Langkah pertama yang harus dilakukan adalah menambah ketelusan data dengan mengumumkan kadar positif kes Covid harian mengikut negeri secara telus.
Kes Covid-19 di Johor semalam telah mencatatkan rekod yang tertinggi, iaitu 2,785 kes dan purata kes covid dalam tujuh hari yang lalu mempunyai 1,714 kes. Ini menunjukkan situasi yang amat membimbangkan terutama di daerah sekitar Johor Selatan dan Johor Utara.

Pada masa yang sama, kes kematian Johor setiap hari telah mencatatkan lebih 30 kes dalam tempoh 14 hari yang lalu dan 22hb Ogos telah mencatatkan 65 kes. Kes kematian di Negeri Johor adalah negeri yang paling serius selain daripada Negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Negeri Johor telah disediakan 108 buah katil ICU untuk rawatan Covid, namun seramai 114 pesakit Covid perlu rawatan di ICU dan kadar penggunaan katil ICU Covid sebanyak 106%. Sekiranya kita mengambil kira dan mengeluarkan bilangan katil ICU yang bukan digunakan untuk rawatan Covid, penggunaan katil ICU juga telah mencapai 71%.
Keadaan penularan yang bertambah serius akan menyebabkan katil ICU tidak mencukupi terutamanya di Daerah Johor Bahru.
Kami berasa amat bimbang sekiranya keadaan di luar kawalan yang berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur akan berulang di Johor.
Indikator seperti kadar positif kes Covid-19, kadar gejala serius dan kadar kematian amat penting untuk mematau penularan wabak Covid-19.
Rekod kadar positif kes Covid nasional harian selalu di atas 10%, kadar ini lebih tinggi berbanding dengan kadar yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu 5% ke bawah.
Oleh demikian, Menteri Kesihatan yang baru digesa dengan mengeluarkan perkeliling supaya Jabatan Kesihatan Negeri perlu mengumumkan jumlah ujian saringan harian untuk memastikan ujian saringan Covid-19 sentiasa mencukupi untuk mencari pesakit Covid-19 supaya kuarantin dijalankan untuk memutuskan rantaian penularan.
Prinsip ketelusan yang diamalkan oleh Khairy Jamaluddin semasa memegang jawatan Menteri MOSTI dengan mengumunkan kadar mengambil vaksin dan kadar pendaftran vaksin setiap hari telah mendapat sambutan baik daripada rakyat. Kami berharap beliau boleh meneruskan prinsip ketelusan dengan mengumumkan kadar positif kes Covid setiap hari mengikut Negeri atau Daerah supaya pandemik Covid-19 dapat dipantau berdasarkan sains dan fakta yang kukuh,
Rekod kes harian Johor menduduki tangga empat di seluruh negara manakala kadar vaksinasi Johor menduduki tangga empat di belakang berbanding negeri-negeri lain. Jika keadaan ini diteruskan, ia akan menyebabkan penularan yang meluas dalam golongan belum vaksinasi.
Kami berharap rombakan jawatan antara KKM dan MOSTI dapat memanfaatkan usaha vaksinasi dan melawan Covid bagi mencegah penularan jangkitan.
Kenal Pasti (Find), Ujian (Test), Kesan (Trace), Kuarantin (Isolate), Sokongan dengan Vaksin (Support with Vaccine) merupakan enam langkah penting dalam pencegahan penularan Covid-19. Justeru, pengumunan data secara telus amat penting untuk menjayakan strategik FFTIS+V dan boleh menjadikan panduan untuk mengagihkan atau meningkatkan bekalan vaksin dan ujian saringan Covid-19 di setiap negeri.
Tan Hong Pin
ADUN SKUDAI
Ng Yak Howe
ADUN BENTAYAN
Tan Chen Choon
ADUN JEMENTAH
Yeo Tung Siong
ADUN PEKAN NENAS
Ee Chin Li
ADUN TANGKAK
Cheo Yee How
ADUN PERLING
Lim Eng Guan
AJK DAP JOHOR
Chong Chee Wai
PENGERUSI DAP TAMAN MEGAH, BATU PAHAT
Cheng Chin Fatt
KETUA PENYELARAS TASK FORCE VAKSIN DAP MERSING