Saya menyeru pengundi supaya pulang ke kampung halaman untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
Perayaan Tahun Baru Cina dan Ching Ming merupakan perayaan penting bagi komuniti Cina. Mereka yang bekerja atau melanjutkan pelajaran di luar negeri akan kembali ke kampung halaman masing-masing semasa perayaan tersebut.
Oleh sebab tarikh pembubaran Parlimen dan PRU-14 masih belum ditetapkan, mereka yang berada di luar negeri mungkin tidak rancang untuk pulang untuk mengundi kerana mereka telah pulang ke kampung halaman semasa sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan Ching Ming.
Saya berharap rakyat memahami betapa pentingnya pilihan raya akan datang. Sekiranya anda tidak turun mengundi, anda hanya akan membiarkan orang lain untuk menentukan masa depan negara. Pada PRU-13, undi majoriti di beberapa kerusi utama hanyalah beratusan atau berpuluhan undi. Perbezaan jumlah undi tersebut yang menentukan mana satu parti politik yang akan menguasai pucuk pimpinan Malaysia.
Saya mengambil contoh keputusan PRU-12 pada tahun 2008 di mana Pakatan Rakyat(PR) dan Barisan Nasional(BN) membentuk kerajaan dengan majoriti 3 kerusi sahaja di mana PR hanya menguasai 31 kerusi berbanding dengan BN sebanyak 28 kerusi dan sebaliknya pada tahun 2013. Pada PRU-13 BN memenangi DUN Lubuk Merbau (53 undi) dan DUN Manong (231 undi) dengan majoriti nipis. Beratusan atau berpuluhan undi sudah cukup untuk menjadi memutuskan siapa yang akan membentuk kerajaan. Oleh sebab itu, saya berharap rakyat Malaysia akan pulang mengundi di kampung halaman masing-masing.