Skip to content

Menyeru semua warga Pulau Pinang bermurah hati membantu membersihkan rumah-rumah yang terjejas dengan menyertai Hari Sukarelawan Penang Bangkit hujung minggu ini

Selepas hujan lebat dan angin kencang reda, warga Pulau Pinang bertabah dan menggagahkan diri membersihkan rumah masing-masing yang rosak akibat banjir.

Kami menyasarkan untuk membersihkan semua sampah-sarap di jalan-jalan dan kejiranan. Justeru, kami akan mengadakan kempen sukarelawan “Hari Sukarelawan Penang Bangkit” bagi mencapai objektif ini.

Ahli majlis, agensi-agensi dan para sukarelawan bekerja tanpa lelah sejak bencana alam itu menimpa warga Pulau Pinang. Bagaimanapun, kerosakan akibat ribut dan banjir dalam skala yang besar, kami tidak mempunyai tenaga dan pengangkutan yang cukup untuk membawa sampah-sarap ke kewasan pelupusan sampah pada hujung minggu ini.

Majlis Perbandaran Seberang Perai telah mengenal pasti kawasan pembuangan sampah sementara untuk mengumpul sampah-sarah sebelum dibawa ke tempat pelupusan sampah. Kami menyeru mereka yang memiliki trak, pikap dan lori kecil menyertai usaha ini dengan hadir bersama kenderaan mereka di kawasan pelupusan sampah sementara itu.

Senarai tempat pengumpulan sampah sementara adalah seperti berikut:

Seberang Perai Utara

  1. Tapak Cadangan Pasar Awam ,Taman Sg Dua Utama

Seberang Perai Tengah

  1. Tapak Cadangan Stadium Hoki ( bersebelahan Kompleks Sukan Jalan Betek ), BM
  2. Depoh Padang Lallang, BM
  3. Tapak Tempat Letak Kereta kompleks makanan tidak aktif ( Iks Usahajaya ), BM
  4. Tapak Tempat Letak Kereta Pasar Sri Rambai (Mula beroperasi 10.11.17. Untuk kegunaan Taman Sri Rambai sahaja)

Kami menyeru semua warga Pulau Pinang bermurah hati membantu membersihkan rumah-rumah yang terjejas dengan menyertai Hari Sukarelawan Penang Bangkit hujung minggu ini (11 dan 12 November) bagi membersihkan jalan-jalan dan kawasan kejiranan kita bersama.

Sukarelawan diminta memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk aktiviti gotong-royong. Sila berkumpul pukul 8 pagi di Balai Rakyat MPPP, Jalan Patani (untuk yang berada di pulau) dan 7 pagi di Depot MPSP, Jalan Padang Lallang, Bukit Mertajam (untuk yang berada di mainland). Bersama kita membersihkan kejiranan kita dan membantu Pulau Pinang bangkit semula.