Skip to content

Mereka yang telah mendapat tawaran untuk mengkompaun (saman) kesalahan yang dinyatakan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Jangkitan (Kawalan Pergerakan) oleh pihak polis disarankan untuk menunggu jawapan daripada kerajaan terhadap kenyataan media saya

Selepas kenyataan media saya pada hari Sabtu (30hb Januari 2021), ramai orang yang telah menghubungi saya untuk mendapatkan nasihat selanjutnya.

Saya menasihati mereka yang telah menerima tawaran untuk mengkompaun (saman) yang dikeluarkan oleh pihak polis kononnya mereka telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan) untuk menunggu jawapan daripada Kerajaan terhadap kenyataan media saya.

Seksyen 25 Akta Parlimen yang berkenaan (Akta 342) memberikan kuasa eksklusif kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa olehnya untuk tujuan ini secara bertulis untuk mengkompaun kesalahan di bawah Akta tersebut atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta tersebut.

Saya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pihak polis tidak diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan tawaran kompaun (saman) kerana tawaran kompaun yang dikeluarkan oleh pihak polis meminta denda-denda berkenaan dibayar kepada pihak berkuasa yang berlainan. Sebilangan diminta membayar di balai polis sementara yang lain diminta membayar di Pejabat Kesihatan dan pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Tiga (3) contoh-contoh ‘saman’ berkaitan di mana pihak polis meminta denda-denda dibayar kepada pihak berkuasa yang berlainan dilampirkan dengan Kenyataan Media ini. Sekiranya pihak polis diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, maka akan jelaslah kepada pihak berkuasa yang mana denda-denda berkenaan harus dibayar.

Mereka yang telah menerima ‘saman’ polis tidak perlu risau kerana kalau mereka didakwa di mahkamah, denda maksimum yang akan dikenakan hanyalah RM1,000.00 seperti diperlukan dibayar dalam tawaran mengkompaun (saman) tersebut. Mereka yang merasakan bahawa mereka telah salah dikeluarkan ‘saman’ kerana mereka tidak melakukan kesalahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh juga membuat pembelaan kes mereka di mahkamah.

Saya ingin mengulangi bahawa niat saya untuk membangkitkan isu ini bukannya untuk menghalang usaha Kerajaan memerangi penyebaran Covid-19 tetapi mengkehendaki Kerajaan Perikatan Nasional untuk mematuhi undang-undang seperti ia mewajibkan rakyatnya dan untuk mencegah penyalahgunaan kuasa oleh segelintir anggota-anggota polis.

Saya menggesa orang ramai supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan agar kita dapat bersama-sama mengatasi wabak Covid-19 ini.