Skip to content

Mesyuarat Khas secara maya berkenaan anti-wabak Covid- 19 antara ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Johor

Saya akan mengemukakan lebih 30 cadangan bertulis dalam Mesyuarat Khas secara maya berkenaan anti-wabak Covid- 19 antara ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Johor yang akan diadakan pagi esok.

Semua cadangan ini merupakan cadangan yang saya kemukakan sejak Julai tahun lalu dalam beberapa kategori seperti anti-wabak, pemulihan ekonomi, dan vaksin.

Dengan perkembangan situasi wabak, saya berpendapat bahawa jika banyak cadangan asal saya telah diterima pakai tepat pada masanya, ia akan dapat membantu meningkatkan keberkesanan usaha anti-wabak dan perlindungan vaksin negara kita. Oleh itu, saya berharap agar mesyuarat ini tidak hanya untuk memenuhi permintaan Sultan dan sebagai satu mesyuarat laporan sehala kerana ini bukanlah niat asal Sultan.

Saya juga berasa kecewa kerana maklumat mengenai empat topik pembentangan yang disenaraikan dalam agenda mesyuarat masih tidak diedarkan kepada ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan pada sehari sebelum mesyuarat.

Jika mesyuarat khas akan bermula pada pukul 10, dan jika berakhir pada jam 12 tengah hari, maka hanya akan memakan masa dua jam. Sekiranya empat topik pembentangan memakan masa setengah jam masing-masing, ini akan dijadikan hanya satu mesyuarakat pembentangan tetapi bukannya mesyuarat perbincangan yang berkesan. Sebenarnya, bahan mesyuarat harus diberikan kepada para peserta untuk kajian sebelum mesyuarat. Empat topik pembentangan adalah:

  1. Situasi wabak semasa di Johor;
  2. Pasukan Petugas Khas Imunisasi Johor (CITF);
  3. Prestasi ekonomi Johor terkini;
  4. Dasar fiskal dan pakej sokongan ekonomi Johor pada tahun 2021.

Selain daripada mesyuarat khas yang melibatkan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, dan pelaporan mengenai wabak dan
maklumat ekonomi oleh pemerintah, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah harus membenarkan penyertaan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan untuk menangani masalah wabak tempatan bersama-sama.

Saya juga mengutarakan cadangan di persidangan Dewan Undangan Negeri pada November tahun lepas, agar Ahli DUN Pakatan Harapan diterima sebagai ahli Jawatankuasa Tindakan Ekonomi Johor demi bekerjasama memulihkan ekonomi negeri.

Saya juga mencadangkan perbincangan seperti ini diadakan dalam kumpulan berdasarkan topik, seperti kawalan wabak, pemulihan ekonomi, dan vaksinasi, untuk menyelesaikan pelbagai masalah pengurusan dalam pelaksanaan masa kini agar perbincangan menjadi lebih berkesan. Situasi wabak negara kita adalah serius dan perkembangan tidak optimis. Pihak pemerintah dan pembangkang harus bekerjasama dengan ikhlas tanpa mengira parti untuk menyelesaikan banyak kelemahan dalam pelaksanaan dan pengurusan semasa untuk mencapai matlamat mengawal wabak dan pemulihan ekonomi.