Saya berada di Melbourne, Australia minggu lalu untuk menghadiri Mesyuarat Suruhanjaya Ke-9 Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Ia merupakan mesyuarat penting yang turut melancarkan Dialog Perdagangan dan Pelaburan CPTPP-ASEAN pertama yang saya pengerusikan bersama dengan Menteri Perdagangan dan Pelancongan Australia Senator Don Farrell.
Bersama dengan Dialog Perdagangan dan Pelaburan CPTPP-Kesatuan Eropah, kesemua platform ini mengukuhkan lagi peranan CPTPP dalam membentuk susunan ekonomi global serta merapatkan lagi hubungan dengan rakan-rakan perdagangan utama.
Negara dan wilayah di dunia ini perlu lebih banyak berkolaborasi, dan bukannya terlalu bersaing sesama sendiri.