Sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan minggu depan, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak semasa ditemuramah oleh Utusan Malaysia menyifatkan tindakan sedemikiannya tidak akan membantu UMNO atau BN untuk menawan balik sokongan masyarakat Cina.
Najib berkata, kalau ada orang menuntut mahu tutup sekolah Cina, tetapi di samping itu kita Tanya pula bagaimana sokongan kaum Cina boleh ditingkatkan, ini akan membuatkan keadaan bercanggah.
“Ini kerana tidak mungkin sokongan orang Cina dapat ditingkatkan jika pada nafas yang sama, kita tuntut sekolah Cina ditutup. Kita mesti putuskan apa sebenarnya… Kalau langkah kita menyebabkan sokongan kepada UMNO dan BN menurun, tentu sekali apa yang kita lakukan tidak memberi faedah kepada kita.”
Ini merupakan kali kedua Najib mengeluarkan komennya terhadap status Sekolah Cina sejak 12 Oktober 2014, di mana Najib semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus melindungi dan memelihara hak pendidikan kaum Cina di negara ini.
Masalah pokoknya, mengapakah Perhimpunan Agung UMNO begitu ketagih untuk membentangkan resolusi-resolusi sedemikian, di mana dalam 755 resolusi yang dikemukakan oleh 191 bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara, terdapat 191 resolusi yang mempersoalkan kewujudan sekolah Cina? Ini menunjukkan hampir kesemua bahagian UMNO telah mengemukakan resolusi bagi tujuan tersebut.
Jikalau Najib memandang berat terhadap jaminan-jaminannya terhadap sekolah Cina, maka Najib sebagai Presiden UMNNO haruslah dengan sedaya upaya menghalang resolusi-resolusi sedemikian dibentangkan dan seterusnya diterima oleh Perhimpunan Agung UMNO, supaya mereka yang tidak setuju dengan kewujudan sekolah Cina tidak berpeluang untuk mencapai matlamat-matlamat mereka.
Najib tidak harus membenarkan resolusi-resolusi sedemikian dibentangkan dan seterusnya diterima oleh Perhimpunan Agung UMNO dan pada masa yang sama, mengeluarkan kata-kata manis untuk melembutkan ketidakpuasan masyarakat Cina terhadap usaha-usaha segelintir pemimpin UMNO untuk sekolah-sekolah Cina dalam negara kita dihapuskan. Ini tidak akan mengubah persepsi negatif pemimpin-pemimpin UMNO terhadap sekolah-sekolah dan masyarakat Cina.
Najib mesti faham dengan resolusi-resolusi sedemikian diterima oleh Perhimpunan Agung UMNO, MCA termasuk juga Parti Gerakan akan dikalahkan dengan lebih teruk lagi dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Dengan MCA yang tidak berupaya untuk mengubah situasi dalam UMNO melalui pengaruh politiknya, maka Najib adalah satu-satu orang untuk memastikan resolusi-resolusi sedemikian tidak dapat dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO.
Najib haruslah menunjukkan keberaniannya untuk menolak apa-apa resolusi yang difikirkannya tidak wajar dan seterusnya dapat menjahanamkan keharmonian kaum dan ketenteraman awam, selaras dengan prinsip-prinsip kesederhanaan yang dipelopori oleh Najib selama ini. Bagi MCA yang kini merupakan sebuah parti politik yang tidak relevan bagi kita, maka jangan harap parti tersebut dapat kami sokong dalam masa yang terdekat dan juga selama-lamanya.