Skip to content

Nasrudin bin Hassan at Tantawi adalah musuh dalam selimut PR yang terus gunakan fitnah jahat untuk serang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang

Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin bin Hassan at Tantawi adalah musuh dalam selimut PR yang terus gunakan fitnah jahat untuk serang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang. Saya ingin menafikan sama sekali dakwaan tidak berasas Nasrudin bahawa saya telah membuat kenyataan pada 15 Mac 2013 bahawa Projek Pembinaan Terowong Bawah Dasar Laut Pulau Pinang dibuat secara rundingan terus.

Ini adalah suatu fitnah jahat oleh Nasrudin, yang saya sedia memberikan bukti dan keterangan di mahkamah bahawa projek tersebut dijalankan secara tender terbuka dalam istilah dan ertikata sebenarnya mengikut piawaian dan takrifan antarabangsa. Sebenarnya projek terowong bawah dasar laut yang menghubungkan Pesiaran Gurney di pulau ke Bagan Ajam di Sebarang Perai, akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di Seberang Perai Utara yang kebanyakan penyokong BN dan UMNO.

Betapa besarnya impak penggerak ekonomi daripada satu laluan sedemikian boleh dilihat bila Jambatan Kedua Pulau Pinang siap dibina dan dibuka pada 1 Mac 2014 di Sebarang Perai Selatan dan menukar wajah kawasan tersebut. Itulah sebabnya mengapa bila cadangan projek dibentangkan kepada rakyat Pulau Pinang sebelum pilihanraya besar 2013 untuk diputuskan samada hendak terima atau tolak projek dengan mengekalkan atau menggantikan kerajaan negeri PR, rakyat Pulau Pinang turut memberikan sokongan yang paling besar dalam sejarah Pulau Pinang dengan mandat undi 68%.

BN Telah Menjual 35 Kali Ganda Lebih Banyak Tanah Daripada PR, Sekurang-kurangnya 3,661 Ekar Tanah Dengan Nilai RM 1.0586 Bilion Berbanding Jualan PR Dengan Tender Terbuka yang Kompetitif, Hanya 106.1 Ekar Untuk Pulangan Tinggi Sebanyak RM 1.1102 Billion.

Bagi mereka yang mendakwa Kerajaan Negeri Pulau Pinang bergantung semata-mata kepada penjualan semua tanah kerajaan di Pulau Pinang untuk menjana pendapatan, ini adalah tidak benar kerana BN telah menjual 35 kali lebih banyak tanah daripada PR malah dengan harga yang jauh lebih rendah.

Mujurlah rakyat Pulau Pinang boleh membezakan antara kebenaran dan pembohongan dan menerima hakikat bahawa BN telah menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dengan nilai RM 1.0586 billion berbanding PR menjual hanya 106.1 ekar untuk pulangan yang lebih tinggi dengan nilai RM 1.1102 billion. (lihat jadual di bawah)

BN menjual 3,661 ekar tanah dan walaupun BN menjual 35 kali lebih banyak tanah daripada PR (106.1 ekar), PR mendapat lebih banyak wang kerana jualan tanah PR telah dijalankan melalui tender terbuka yang kompetitif. Hakikat PR menjalankan tender kompetitif terbuka adalah salah satu sebab mengapa PR telah kembali dengan mandat yang terbesar dalam sejarah Pulau Pinang dengan 68% undi popular pada Pilihan Raya Umum 2013.

Hasil jualan 106 ekar melalui tender terbuka menjana RM1.102 billion, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah memperuntukkan RM500 juta untuk tabung Skim Perumahan Mampu Milik Awam (PAHS) bagi membina lebih 20,000 unit rumah mampu milik di seluruh 5 daerah di Pulau Pinang. RM500 juta Dana PAHS merupakan yang terbesar yang diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia, dan kerajaan negeri bersedia untuk menambah peruntukan di mana yang perlu.

Perbandingan Jualan Tanah di Pulau Pinang (BN vs PR)

Jualan Tanah Oleh Kerajaan BN dari awal 90an Hingga 2008

Saiz Tanah Lokasi RM psf Jumlah harga jualan
980 ekar Tanjong Tokong RM 1 psf RM 42.7 milion
325 ekar Jelutong Expressway RM 20 psf RM 325 milion
750 ekar Batu Kawan (jual kepada Abad Naluri) RM3.24 psf RM 106 milion
1606 ekar Butterworth (jual kepada Rayston Consortium Sdn Bhd) RM 8.40 psf RM584.9 million

3661 ekar (Total) untuk RM 1.0586 bilion

Jualan Tanah oleh Kerajaan PR Selepas 2008

Saiz Tanah Lokasi RM psf Jumlah harga jualan
1.1 ekar Jalan Zainal Abidin ( atau Taman Manggis) RM 232 psf RM 10.2 milion
105 ekar Bayan Mutiara RM 240 psf RM 1.1 billion

106.1 ekar (Total) untuk RM 1.1102 bilion