Skip to content

Negara kita telah kehilangan seorang anak Malaysia yang hebat dengan pemergian Salahuddin Ayub

Negara kita telah kehilangan seorang anak Malaysia yang hebat dengan pemergian Timbalan Presiden Parti Amanah Negara yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Salahuddin adalah seorang tokoh yang amat mudah didekati dan rendah diri yang menjaga kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama.

Sekiranya Malaysia ingin bangkit semula menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, kita perlukan lebih ramai tokoh-tokoh seperti Salahuddin Ayub, baik di dalam arena politik, atau apa-apa arena lain di dalam negara.