Skip to content

NIE CHING BERSAMA 240 ORANG WARGA KULAI MENONTON FILEM SHERIFF : NARKO INTEGRITI DI GSC IOI MALL KULAI

Bertempat di GSC IOI Mall Kulai, atas inisiatif Pejabat Ahli Parlimen Kulai, Nie Ching bersama seramai 240 warga Kulai untuk menonton wayang karya anak tempatan iaitu filem Sheriff : Narko integriti pada sabtu lepas.

Nie Ching berpendapat filem ini berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh karya anak tempatan kita dan amat mengagumkan. Nie Ching juga menyarankan orang ramai untuk terus menyokong dan menonton filem Sheriff di pawagam yang berhampiran.

Nie Ching sentiasa memberi sokongan penuh dan percaya filem karya tempatan ini setanding dengan filem di luar negara. Ini merupakan salah satu inisiatif untuk menyokong industri perfileman tempatan.

Filem ini juga telah berjaya meraih RM52 juta selepas 18 hari tayangan di pawagam dan dijangka akan terus meningkat lagi kerana filem ini masih lagi ditayangkan di pawagam. Hal ini amat membanggakan bagi industri perfileman negara. Filem kita wajah kita!