Skip to content

Nilai Diri Sendiri, Bukan Jadikan DAP Sebagai Musuh Khayalan

Semenjak wujudnya kerajaan perpaduan, tidak pernahnya pimpinan DAP mahupun akar umbi parti menyentuh atau menyerang pimpinan UMNO kini khususnya Presiden UMNO untuk isu apa-apa pun.

Ini sangat berlainan dengan pimpinan Pemuda UMNO dan juga sesetengah pemimpin kebangsaan mahupun negeri yang asyik memetik nama DAP.

Yang pernah wujudnya isu pun hanyalah apabila melawan retorik Ketua Pemuda (KP) UMNO yang bertindak seolah-olah KP Perikatan Nasional.

Perihal bekas Perdana Menteri yang dipenjarakan lantaran isu rasuah adalah satu fakta yang tidak harus dinafikan dan ini merupakan isu antarabangsa yang mendapat perhatian seluruh dunia.

Penafian demi penafian ataupun menjadikan DAP sebagai musuh khayalan dalam hal ini tidak akan menjadikan fakta ini bertukar cerita.

Daripada menuduh DAP mewujudkan provokasi, lebih baik menilai diri sendiri.

Cuba bayangkan sekiranya Pemuda DAP menyentuh atau menyerang Presiden UMNO seperti mana apa yang dilakukan KP UMNO kepada pemimpin DAP selama ini.

Ini barulah provokasi dan maka sesiapa pemimpin yang berfikiran waras harus berhenti untuk menjadikan DAP sebagai musuh khayalan.