Skip to content

Oktoberfest merupakan program swasta yang tidak melibatkan peserta beragama Islam dan tidak melanggar mana-mana undang-undang kerajaan, maka tiada keperluan untuk dilarangkan

Kebelakangan ini, pelbagai persatuan NGO dan parti politik telah menghangat-hangatkan isu “Oktoberfest” yang dianjurkan oleh syarikat Carlsberg yang dijalankan di seluruh Malaysia (bukan sahaja di Selangor).

DAP Selangor ingin menetapkan bahawa asal program “Oktoberfest” tidak melibatkan peserta beragama Islam, ia tidak sepatutnya mengbangkitkan sebarang perasaan sensitif daripada rakyat beragama Islam.

Kami memohon supaya parti-parti politik yang tergopoh-gopoh menggunakan “Oktoberfest” sebagai “sasaran pukul” bertenang dan mengambil pendirian tanpa beremosi tinggi dan secara rasional.

Masyarakat bukan Islam di Malaysia selalu menyambut hari kebesaran, sama ada harijadi atau hari raya, upacara perkahwinan atau kesyukuran dengan pelbagai jenis minuman yang berkandungan arak. Ia merupakan perkara kebiasaan dan bukannya kejadian yang memeranjatkan. Ia juga merupakan hak mereka yang dilindungi bawah kuasa undang-undang.

“Oktoberfest” sebenarnya tidak patut diserang dengan pelbagai tohmahan yang buruk dan melampau kerana ianya hanya merupakan satu acara kecil yang digunakan oleh syarikat-syarikat arak untuk mempromosikan minimum mereka. Acara ini telah berlangsung selama 5 tahun berturut-turut tanpa sebarang kesan negatif kepada masyarakat Malaysia di mana-mana tempat.

Reaksi sengit parti-parti politik terhadap acara Oktoberfest sebaliknya mengapi-apikan emosi negatif dan menggalakkan sifat tidak bertoleransi antara rakyat berbilang kaum di Malaysia. Ia mensensitifkan isu yang tidak sepatutnya sensitif di negara kita. Ia juga tidak membantu dalam membina sebuah negara yang sederhana dan saling hormat-menghormati antara masyarakat majmuk kita.

Pada masa yang sama, kami ingin mengucapkan selamat bermesra menyambut acara Oktoberfest kepada semua peserta-peserta dan menasihatkan supaya semua pihak mematuhi undang-undang yang menjaga keselamatan orang ramai.

“Drink responsibly. Don’t drink and drive.”