Skip to content

Oleh kerana Wee Ka Siong tidak memahami memes, biar saya kemukakan kronologi secara biasa untuk menyegarkan ingatan Wee mengenai cabaran debatnya berkenaan dasar kabotaj yang menyebabkan kabel dasar laut Apricot sepanjang 12,000 KM memintas Malaysia dan merisikokan RM12-15 bilion pelaburan berteknologi tinggi

Wee Ka Siong terus melakukan serangan peribadi terhadap saya kerana cabarannya kepada saya untuk berdebat mengenai dasar kabotaj yang menyebabkan projek kabel dasar laut Apricot sepanjang 12,000 km yang dilancarkan oleh Google dan Facebook memintas Malaysia. Wee tidak memahami apa itu meme seperti yang dikongsi di Facebook saya sebagai kronologi pendek bagi peristiwa berkenaan cabaran debatnya.

Wee telah mendakwa, “Tak payahlah Lim mereka cerita yang satu group WhatsApp telah diwujudkan antara saya, Guan Eng dan Speaker Dewan Rakyat (Azhar Azizan Harun) dan saya. Buat apa saya nak wujudkan group WhatsApp ini? Takde kerja lain ke? ” katanya.

Wee menuduh saya tidak bercakap benar walaupun telah dinyatakan dengan jelas bahawa ia adalah meme. Oleh kerana Wee tidak faham tentang meme di media sosial, biar saya segarkan ingatannya dengan menggunakan kronologi seperti biasa seperti berikut: –

30 Sep
WKS mencabar LGE untuk berdebat di Parlimen mengenai dasar kabotajnya terhadap kabel dasar laut yang menyebabkan Malaysia tidak dilibatkan dengan projek Apricot sepanjang 12,000km serta merisikokan pelaburan berteknologi tinggi bernilai RM12 bilion hingga RM15 bilion. LGE telah terus menerima cabaran itu dan meminta Wee menetapkan tarikh.

Selepas Wee mengatakan di Parlimen bahawa Ketua Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Dr Rais Hussin salah kerana menyatakan bahawa dasar kabotaj Wee menyebabkan terlepasnya projek Apricot dan merisikokan pelaburan RM12-15 bilion, Rais telah menulis tweet “Menteri dengan tahap IQ kubis tidak boleh bercakap mengenai dasar kabotaj ”.

5 Okt
LGE telah mengadu di Parlimen: “Meskipun saya telah menerima cabaran daripada Wee untuk berdebat dengan serta merta, hingga sekarang 5 hari kemudian, belum ada sebarang susulan. Adakah Menteri Pengangkutan membuat cabaran kosong? Saya tidak cabar, dia yang cabar. Tetapi sehingga sekarang tidak ada perkembangan. Saya ingin tahu bila debat mengenai dasar kabotaj akan diadakan,” katanya.

LGE kemudian mencadangkan 23 Oktober 2021 sebagai tarikh debat dan mencadangkan pejabat Wee untuk berhubung dengan pejabatnya mengenai butiran dan logistik debat itu nanti.

5 Okt
WKS menyiarkan di Facebooknya bahawa dia bersedia untuk mendebatkan dasar kabotaj setelah Kabinet memuktamadkan dasar itu pada awal Oktober. Wee berkata setelah keputusan kolektif dibuat oleh Putrajaya, dia akan menjelaskan perkara itu melalui media pada “tarikh yang sesuai”.

6 Okt
Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff telah meletakkan jawatan sebagai ketua Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan menyatakan bahawa dia enggan menjadi “Yes man”.

7 Okt
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata kepada LGE, “WKS mengatakan dia sudah bersedia dan tidak akan melarikan diri. Dia berkata setelah kabinet memuktamadkan dasar kabotaj pada bulan ini, dia akan mengatur tarikh yang sesuai untuk membicara dan mengupas isu ini dengan anda di mana-mana saluran TV atau rangkaian media dalam bahasa kebangsaan. ”

8 Okt
LGE mempersoalkan keengganan WKS untuk menetapkan tarikh debat mereka mengenai dasar kabotaj. WKS mengatakan bahawa Kabinet akan membuat keputusan muktamad awal bulan ini, jadi LGE bertanya mengapa WKS tidak dapat menetapkan tarikh debat pada 23 Oktober.

10 Okt
WKS berkata, Belanjawan 2022 perlu diutamakan dan debat dengan LGE mengenai dasar kabotaj negara boleh diadakan selepas itu. WKS berkata, “Saya mencadangkan 30 atau 31 Oktober, tetapi saya akan membiarkan dia memutuskannya bila dia lapang. Yang penting ialah kita boleh debatkan perkara ini secara profesional.”

17 Oct
“Penerbit TV3 juga telah menghubungi pejabat saya dan mencadangkan 2 November. Saya segera memberitahu mereka ‘Ok!’,” Kata WKS dalam catatan Facebooknya pada hari Ahad. Bagaimanapun pejabat Wee tidak pernah menghubungi pejabat saya mengenai butiran dan logistik debat ini.

18 Okt
LGE berkata, “Jangan gunakan Belanjawan sebagai alasan. Sepatutnya, isu ini perlu diselesaikan sebelum Belanjawan dibentangkan kerana melibatkan masa depan ekonomi digital negara dan berbilion-bilion pelaburan berteknologi tinggi. Sekiranya dia dapat pergi ke London, tidak bolehkah dia menghabiskan satu jam untuk berdebat dengan saya?” tanya LGE, mempersoalkan mengapa menteri itu dalam lawatan kerja ke UK jika dia benar-benar ingin fokus pada Belanjawan 2022.

Adakah Penundaan 10 Hari Kerana Wee Cuba Mengubah Aspek Dasar Kabotajnya Dan Bolehkah Najib Membantu Wee Untuk Meyakinkan Syarikat Gergasi Teknologi Untuk Kembali ke Malaysia?

Jelas, apabila Wee berdiam diri mengenai tarikh yang pasti menyebabkan saya mencadangkan 23 Oktober sebagai tarikh debat pada 5 Oktober. Wee hanya mencadangkan 2 November sebagai tarikh debat pada 17 Oktober. Tidak ada pada sebarang masa pejabat Wee menghubungi pihak saya yang dikendalikan oleh Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching. Wee kini mendapatkan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk menolongnya.

Di satu pihak Najib mempersoalkan mengapa saya tidak sabar menunggu 10 hari untuk debat diadakan pada 2 November dan bukannya berkeras mahu ia diadakan pada 23 Oktober. Sebaliknya, Najib cuba mengejek saya dengan meramalkan bahawa saya tidak akan berani berdebat dengan Wee. Walaupun saya tidak mahu berperang mulut dengan Najib, menjadi satu persoalan adakah penundaan 10 hari itu disebabkan Wee cuba mengubah aspek dasar kabotajnya?

Undang-undang kabotaj Malaysia merangkumi penggunaan dan pembaikan kabel dasar laut, yang bermaksud apabila kapal terbaik yang tersedia untuk pembaikan kabel adalah kapal asing, Pengecualian Lesen Perkapalan Domestik (DSLE) diperlukan. Sebelum pengecualian ini dapat dikeluarkan, pemilik kapal tempatan akan diminta untuk persetujuan mereka melalui Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (Masa). Sebenarnya, pemilik kapal yang merasakan bahawa mereka dapat melakukan kerja pembaikan boleh menyekat pengeluaran DSLE. Ini adalah pertikaian utama oleh syarikat gergasi teknologi dan pemain industri bahawa kapal pembaikan asing memerlukan persetujuan daripada pesaing tempatan mereka sehingga 3 hari untuk mendapatkan DSLE.

Adakah syarat ini di mana pemilik kapal tempatan diminta persetujuan mereka melalui MASA dan menyekat pengeluaran DSLE kepada kapal pembaikan asing akan diubah, ditukar atau dihapuskan sama sekali?

Pada 1 September 2021, syarikat gergasi teknologi Amazon Web Services (AWS), Facebook, Google dan Microsoft bersama-sama dengan Malaysia Internet Exchange (MyIX) yang bernaung di bawah KKMM, telah menulis surat kepada Perdana Menteri untuk menukar semula dasar Wee yang salah dan meminta pengecualian kabotaj untuk kerja pembaikan kabel dasar laut. Wee telah menafikan bahawa keputusan Apricot untuk memintas Malaysia adalah disebabkan oleh keengganan Wee untuk memberikan pengecualian kabotaj kepada kapal asing yang melakukan kerja pembaikan kabel dasar laut.

Mungkin Najib kini dapat membantu Wee untuk mendapatkan kembali projek Apricot dan meyakinkan Amazon Web Services (AWS), Facebook, Google dan Microsoft untuk kembali ke Malaysia bagi membina kabel dasar laut.