5.6 juta pengundi di Malaysia yang telah memilih dan menyokong Pakata Rakyat mengetahui bahawa BN sepatutnya kalah pilihan raya baru-baru ini, kalau bukan kerana:
-
Poliik wang untuk membeli undi oleh BN,
-
Maninipulasi sistem pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang berat sebelah,
-
laporan media yang tidak adil,
-
salahguna jentera Kerajaan.
Tidak ada dalam dunia di mana pakatan politik yang memenangi 51% undi popular dalam sistem ‘first past the post’ tidak menikmati bonus kerusi – iaitu menang lebih daripada 51% kerusi Parlimen – malah hanya berjaya menang 40% kerusi sahaja.
Kita dapat melihat keterdesakan BN berpaut kepada kuasa sejurus selepas PRU ke 13. Walaupun menyeru ke arah kerukunan nasional, tindakan Perdana Menteri Najib Razak dan ahli kabinetnya tidak langsung mencerminkan erti kerukunan.
Perdana Menteri Najib Razak menyalahkan ‘tsunami Cina’ sedangkan semua orang tahu bahawa penyebab kekalahan BN kalah undi popular ialah ‘tsunami Malaysia’. Padahal, masyarakat Cina hanyalah 30% daripada jumlah populasi pengundi. Kalau pun Pakatan memenangi 80% undi orang Cina, ini maknanya hanya 24% daripada 51% undi popular itu datang daripada pengundi Cina. Baki 27% daripada sokongan majoriti kepada Pakatan Rakyat, datang daripada pengundi bukan Cina.
Menteri Dalam Negeri yang baru, Ahmad Zahid Hamidi telah meminta mereka yang tidak berkenan dengan sistem pilihanraya dan keputusan pilihan raya supaya meninggalkan negara. Zahid sedang mencipta nama dengan pantas, sekali dengan Ketua Polis Negara yang baru, Khalid Abu Bakar, dengan melancarkan operasi menangkap aktivis anti-BN dan pemimpin Pakatan Rakyat. BN tersilap jika ia menyangka bahawa majoriti rakyat Malaysia (51%) akan takut dengan BN. Majoriti tersebut tidak akan membenarkan kerajaan minoriti menindas, membisu dan menekan pihak majoriti.
Cabaran Pakatan adalah untuk memanfaatkan kehendak rakyat ke arah keadilan, kebebasan, demokrasi, integriti, kesaksamaan dan perubahan yang diluahkan dalam PRU ke 13 oleh 51% pengundi, dengan memberi fokus kepada tiga lapangan utama.
Pertama, usaha ke araha reformasi pilihanraya. Perlunya sebuah Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas untuk melaksanakan pilihan raya yang menghormati prinsip ‘satu orang, satu undi, satu nilai’ adalah sangat mendesak. Kita tidak akan membenarkan BN untuk merompa pilihan raya sekali lagi.
Kedua, reformasi ekonomi. Kita telah melihat bagaimana urusan harian berjalan seperti biasa bagi BN tanpa menghiraukan retorik Program Transformasi Ekonomi dan Model Ekonomi Baru. 1MDB masih beroperasi seperti satu dana simpanan khas yang diuruskan kroni tanpa rekod prestasi kecuali hubungan yang rapat dengan pemimpin BN. Laporan akhbar telah mendakwa bahawa keuntungan daripada 1MDB telah disalurkan ke Kepulauan Cayman walhal hutangnya tetap di Malaysia.
Lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan akan diswastakan kepada dua tiga kerat individu terpilih. Kontrak tol yang lumayan akan terus dihidangkan kepada kroni BN. Pakatan akan terus mempersoalkan setisap satu kontrak yang tidak jujur yang diusahakan oleh BN, terutama sekali dengan menuntut akauntabiliti penuh untuk syarikat-syarikat GLC dan Petronas.
Ketiga, kita harus fokus dalam menjadikan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Pulau Pinang dan Selangor model kerajaan yang cekap, akauntabel dan telus yang terbaik. Kita akan terus membuktikan bahawa kerajaan yang bersih boleh melampaui prestasi kerajaan yang rasuah. Kita akan melakukan perubahan dalam kehidupan rakyat Malaysia dengan menyediakan masa depan yang bersih, hijau, selamat dan sihat.
Lebih penting lagi, Pakatan Rakyat menggunakan pendekatan yang lebih ‘Malaysian’ dengan menarik minat rakyat melalui harapan dan bukannya bermain dengan ketakutan; di mana kita mendapat inspirasi daripada impian ke arah masa depan yang lebih baik bersama-sama dan bukannya berputus asa dengan agenda perkauman BN yang mahu memecahbelahkan kita untuk selama-lamanya.
Pakatan Rakyat menjanjikan ‘Malaysian Spring’ demi membebaskan negara dari musim beku BN yang penuh ketakutan, rasuah, politik wang dan kemiskinan.